1hb September 2010.
Sebelum berbuka puasa bermula, mereka telah dihiburkan dahulu oleh Opick, seorang penyanyi dakwah dari Indonesia.
Selepas tamat persembahan Opick pada jam 7:05 mereka bergerak ke ruang makan di tingkat satu dewan/auditorium tersebut dan diberi sebungkus nasi dan sebotol air mineral setiap seorang, sirap ada disediakan tetapi perlu guna cawan polisterin yang disediakan.
Mereka patut bersyukur, walaupun kali ini hanya disediakan nasi tomato bungkus dengan dengan gulai ayam percik, puding karamel dan buah-buahan, adalah lebih baik dari tetamu lain (lebih kurang 650 tetamu) yang membayar RM50.00 dewasa dan RM30.00 kanak-kanak yang juga dapat makanan yang sama.
Dan,.... mereka patut lebih bersyukur, jika mereka mengetahui bahawa adalah antara rakannya yang lebih miskin (yang bukan anak yatim/anak kurang bernasib baik yang lain) mungkin hanya berbuka dengan nasi kosong, gulai kosong dan air kosong.
No comments:
Post a Comment