Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Saturday, September 4, 2010

Iftar Ramadhan oleh Perodua Sales Sdn Bhd.

Rezeki yang tidak disangka!

Harini (24 Ramadhan 1432H) pada jam 2:47pm, kami di menerima telefon dari Encik Abu Talib dari Perodua Sales Sdn Bhd, menjemput 10 anak yatim dan anak kurang bernasib baik dari PDK Selayang untuk bersama-sama berbuka puasa pada hari yang sama. Kami perlu bersedia sebelum mereka menjemput kami di PDK pada jam 5:00.

Sedang menikmati juadah berbuka puasa

Al-Hamdulillah, dalam tempoh kurang dari 1jam kami dapat menyediakan 8 anak yatim dan 2 anak kurang bernasib baik.

Duit Raya disampaaikan oleh DGM Muhammad Fateh

Jam 5:00 petang kami dijemput dengan menggunakan dua buah kereta Alza untuk membawa kami ke Perodua Sales Sdn Bhd di Rawang.

Haaaa! lagi dua sampul duit raya, nak yang mana satu!?

Ada Goodie Bag lagi, Hui Yoooo!

Selepas jamuan berbuka puasa dan Solat Maghrib setiap kanak-kanak menerima 3 sampul duit raya yang berjumlah RM63.00. Bayangkan jika kami menolak dengan alasan kesuntukkan masa, maknanya kami telah menutup rezeki mereka.

Bergambar ramai sebelum sembahyang 'Isya' dan Tarowikh

Apapun terima kasih kepada Perodua Sales Sdn Bhd terutamanya DGM Sales Operation Sales Div Encik Muhammad Fateh yang masih mengingati PDK Selayang, juga kepada semua kakitangan Perodua Sales Sdn Bhd yang telah memberi layanan mesra kepada semua kanak-kanak tersebut.

No comments: