Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Saturday, September 4, 2010

Peniaga Bazaar Ramadhan Pengotor dan Menjijikkan

Rezeki bazar Ramadan, peniaga ceria pulangan lumayan (dari Sinar Harian)


Ramadan semakin menghampiri penghujungnya. Walaupun, bahang kemeriahan Syawal mula mengambil tempat, keriuhan di bazar-bazar Ramadan masih segar. Sambutan pembeli masih tidak kurang meskipun berhadapan dengan kesibukan persiapan hari raya.

Seperti tahun-tahun sudah, bazar Ramadan tetap menjadi tumpuan orang ramai membeli juadah berbuka puasa. Kenaikan harga makanan seperti kuih-muih yang dahulunya boleh dibeli pada harga RM1 untuk tiga biji tetapi kini RM2 untuk lima biji dan sekeping murtabak RM2.50 tetapi kini sekeping RM3 ternyata tidak memberi impak besar kepada pengguna.

Tinjauan yang dilakukan mendapati, fenomena ini berlaku kerana masyarakat kini mahukan segala-galanya cepat dan mudah, tambahan pula wanita yang bekerja lebih ramai daripada menjadi suri rumah. Berhadapan dengan kekangan waktu kerja sekali gus perlu menguruskan juadah berbuka untuk keluarga menjadikan bazar Ramadan pilihan tepat mendapatkan makanan.

Memang mereka untung, dengan pulangan lumayan. Saya ambil contoh Bazaar Ramadhan Selayang Baru, bila mereka selesai berniaga (biasanya mereka berniaga bernula jam 3:00 petang hingga 8:00 malam=5jam), sampah sarap yang ditinggalkan memerlukan tenaga 5 pekerja pembersihan alam flora bekerja menyapu, mengumpul dan membersihkan kawasan tersebut sehingga jam 11:00 malam.

Jadi Sikap Pengotor Peniaga Bazaar Ramadhan tersebut MENJIJIKKAN

Kalau anda tak percaya, anda lawatlah tapak Bazaar Ramadhan di tempat anda, rata-rata semuanya sama. Jangan sampai Allah turunkan angin ribut seperti di Jasin dan Kuantan.

1 comment:

eelobor said...

kebersihan tempat satu hal. antara lain lagi di jual makanan yang semalam punya & sudah basi. kang lagi teruk peniaga yang tak jujur. itu juga antara punca bala...