Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Friday, September 21, 2012

Lawatan dari 88 pelajar Early Childhood Education Management & Sciences Universiti ke PDK Selayang.

Seramai 88 orang pelajar jurusan Early Childhood Education bersama-sama dengan 3 orang pensyarah pengiring telah datang melawat PDK Selayang pada 11hb September 2012 (Selasa).




Lawatan mereka adalah untuk mengadakan aktiviti bersama-sama pelatih PDK disamping mengumpul derma  dengan membawa pelbagai bahan asas makanan dan makanan serta permainan kanak-kanak dan pakaian terpakai.



Mereka juga menyampaikan sumbangan tunai RM431.00 kepada PDK Selayang lebihan dari pungutan dan perbelanjaan mereka.




Mereka tiba pada jam 9:30 pagi dengan dua buah bas, dan bergerak pulang selepas makan tengahari pada jam 2:15 petang.

Tuesday, September 18, 2012

Pesanan Seorang(S) Isteri Kepada Suaminya


Jika kamu seorang isteri,
Pesanlah kepada suami kamu,
Supaya sentiasa mentaati dan
Melebihkan ibubapanya
Daripada diri kamu sendiri.

Begitulah Hakikat Hukum......

Seorang isteri yang solehah
Selalu mengingatkan suaminya
Tentang tanggungjawab suami
Terhadap ibubapanya sendiri


Friday, September 14, 2012

Lawatan dari Pelajar Occupational Therapy Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kampus Sungai Buloh

Seramai 29 orang Pelajar Jurusan Pemulihan Carakerja dari Kolej Sains Kesihatan Bersekutu dari Kampus Sungai Buloh telah melawat PDK Selayang pada 10hb September 2012, bermula dari jam 9:00 pagi hingga jam 12:30 tengahari.












Mereka diiringi oleh dua orang Pensyarah yang memantau aktiviti mereka semasa di sini.

Rumah Terbuka Eidul-Fitri PDK Taman Ehsan

PDK Taman Ehsan telah mengadakan rumah terbuka Eidul-Fitri 1433H pada 8hb Sept 2012 dari jam 9:00am-1:00pm

Penyelia PDK Selayang (tudung putih) dan PDK Rawang (tudung coklat)
 sedang menikmati jamuan

Group photo selepas puas menikmati jamuan

Thursday, September 13, 2012

4 beradik Melayu terbiar di Sungai Siput


SUNGAI SIPUT: Empat beradik ditemui hidup terbiar dan kelaparan selepas ditinggalkan ibu kandung mereka yang tidak pulang ke rumah di Taman Makmur, di sini, sejak beberapa bulan lalu.

Lebih malang apabila tiga daripada empat beradik itu tidak bersekolah berikutan tidak diberikan wang saku selain dibiarkan hidup tanpa jagaan sempurna oleh bapa mereka yang ditahan polis selepas disyaki terbabit jenayah.

Nasib malang empat beradik itu mendapat perhatian Ketua MIC Bahagian Sungai Siput, R Ganesan dan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sungai Siput yang melawat rumah mereka pagi semalam.

Ketika lawatan mengejut dilakukan, empat beradik itu, Nor Hidayah Abdullah, tiga tahun, Nor Iman Abdullah, lapan tahun, Nor Ain Abdullah, 10, dan Norr Effa Abdullah, 14, tidak bersekolah dan sekadar berkeliaran di sekeliling rumah.

Jiran mangsa yang enggan namanya didedahkan berkata, rata-rata penduduk di kawasan perumahan itu simpati nasib empat beradik itu.

Menurutnya, mereka mula menyedari ibu kanak-kanak itu tidak pulang ke rumah sejak lebih tiga bulan lalu, manakala bapa mereka bersikap ‘lepas tangan’.
“Penduduk bergilir-gilir memberikan makanan dan bantuan bagi memastikan empat beradik itu tidak kelaparan.

“Saya memastikan kanak-kanak itu diberikan roti atau nasi setiap hari. Saya tidak sampai hati melihat mereka kelaparan,” katanya.

Menurutnya, penduduk di kawasan itu beberapa kali membawa Nor Hidayah mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Sungai Siput selepas kanak-kanak malang itu diserang penyakit sawan.

“Ada penduduk memberikan wang saku kepada Norr Effa bagi memastikan kanak-kanak itu dapat ke sekolah,” katanya.

Seorang lagi jiran yang enggan namanya didedahkan mendakwa sering melihat Nor Hidayah merayau dan dihantar pulang orang ramai yang prihatin.

Sementara itu, Norr Effa yang disoal pegawai JKM gagal memberi maklumat jelas berhubung lokasi ibu dan bapanya berada.

“Ibu sudah lama tidak balik dan ayah ada di hospital kerana sakit,” katanya sambil menitis air mata.

Sementara itu, ibu kanak-kanak itu yang berjaya dihubungi Ganesan menggunakan telefon bimbit berjanji untuk pulang menziarahi anak-anaknya.

Bagaimanapun, pihak JKM meminta ibu kanak-kanak itu yang kini menetap di Sitiawan datang ke pejabat JKM bagi memberikan laporan sebelum tindakan susulan diambil.

Ganesan berkata, ibu kanak-kanak malang itu sebelum ini pernah bekerja di sebuah kedai judi di pekan Sungai Siput sebelum berhijrah ke lokasi lain.

“Walaupun berlainan agama, rata-rata jiran berbangsa India di kawasan ini amat simpati terhadap nasib empat beradik itu. 

Pihak JKM mungkin akan menempatkan empat beradik itu di rumah kebajikan sekiranya penjaga atau waris mereka gagal mengambil tindakan sewajarnya....???

# Kenapa JKM perlu tunggu dan lihat lagi? Mereka telah terbiar selama beberapa bulan.... adakah JKM perlu menunggu beberapa bulan lagi? atau mungkin beberapa tahun lagi untuk membuat tindakan....,

## Sepatutnya tindakan segera dengan menempatkan mereka di bawah perlindungan JKM perlu dibuat (sebab JKM kan pelindung kanak-kanak)  sementara menunggu tindakan waris mereka!

“Agak menyedihkan apabila semua kanak-kanak itu dibiarkan bersendirian di rumah selain tidak diambil tahu ibu bapa soal kesihatan, persekolahan dan kebajikan,” katanya.

Atlet paralimpik terima elaun sama seperti atlet lain


SEPANG: Dua atlet paralimpik negara yang meraih pingat pada Sukan Paralimpik London 2012 akan menerima elaun latihan bulanan seperti atlet normal, kata Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong.

Katanya Hasihin Sanawi dari acara memanah dan Muhammad Ziyad Zolkefli (lontar peluru) yang masing-masing meraih perak dan gangsa akan menerima elaun RM2,500 serta habuan Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam). 
Di bawah Shakam, pemenang emas sukan paralimpik layak menerima RM300,000, perak (RM200,000) dan gangsa (RM100,000).

"Selain daripada elaun dan hadiah Shakam, mereka juga telah menerima beberapa kemudahan lain daripada pihak MSN termasuk kemudahan tempat tinggal, peralatan dan juga makan minum secara percuma," katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau berharap kejayaan yang dicapai oleh dua atlet itu akan menjadi inspirasi kepada atlet paralimpik lain.

"Saya juga harap kejayaan Hasihin dan Muhammad Ziyad juga dapat memberi kesedaran kepada ibu bapa untuk mempunyai lebih keyakinan untuk memberi pededahan kepada anak mereka yang terdiri dari golongan Orang Kurang Upaya (OKU)," katanya lagi.

Pada Sukan Paralimpik 2008 di Bejing, Malaysia hanya memperoleh sebutir gangsa menerusi atlet wanita Siow Lee Chan dalam dalam acara powerlifting 56kg. - Bernama

DBKL akan lindungi maklumat pelapor penyalahgunaan kediaman flet PPR


KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi jaminan akan melindungi identiti pemberi maklumat dalam menangani isu penyalahgunaan kediaman Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, setiap maklumat akan ditangani dengan telus dan penuh berintegriti agar tidak memudaratkan pihak berkaitan. 

Justeru, orang ramai tidak perlu ragu-ragu untuk tampil melaporkan kes sedemikian, katanya kepada pemberita selepas melancarkan Festival Makanan dan Kebudayaan Kuala Lumpur 2012 di Dataran Merdeka, di sini hari ini.

Ahmad Phesal sebelum ini dilaporkan berkata, pihaknya menerima banyak laporan bahawa bantuan rumah PPR yang bertujuan menaik taraf kualiti hidup keluarga miskin, telah disewa kepada orang ketiga.

Mengenai ganjaran yang sebelum ini dilaporkan mungkin diberi kepada pengadu, Ahmad Phesal berkata, DBKL sedang berbincang dengan beberapa pihak mengenai bentuk ganjaran bagi kes yang membawa kepada pengesanan pemilik yang menyewakan unit mereka kepada pihak ketiga. - Bernama