Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Saturday, June 23, 2012

PDK Selayang : Lawatan dari JKM WPKL dan PDK-PDK WPKL

Seramai 48 orang pelawat yang terdiri dari kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Jawatankuasa dari PDK-PDK dari Kuala Lumpur telah melawat PDK Selayang pada 14hb jun 2012.

Rombongan tersebut tiba dengan sebauh bas dan sebuah van JKM WPKL tiba pada jam 9:20 pagi, dengan diketuai oleh Timbalan Pengarah JKM WPKL, iaitu Puan Khamsiah.

Delegasi tersebut telah disambut oleh Puan Nor Zulina Mansor, Pegawai Penyelaras PDK Daerah Gombak, yang hadir untuk meraikan delegasi pelawat tersebut.
En. Mohd Yusof sedang menyampaikan taklimat

Mereka telah diberi taklimat oleh Naib Pengerusi II PDK Selayang iaitu Encik Mohd Yusof Tawil.
Salah seorang anggota rombongan sedang mengajukan soalannya.

Beberapa soalan juga telah diajukan oleh pelawat terutamanya bagaimana PDK Selayang menangani masalah-masalah dalam menguruskan PDK.
Puan Nor Zulina Mansor sedang menyampaikan ucapan alu-aluan

Mereka juga berpeluang melihat beberapa peserta muzikal teater "Groovability" sedang membuat latihan yang dijalankan oleh seorang Petugas PDK Selayang iaitu Encik Mohd Shah Rizal Mah@Man.
Puan Khamsiah dalam ucapan balasnya.

Selain itu mereka juga melawat kelas-kelas PDK dan juga kelas Pemulihan Anggota serta beberapa remaja yang sedang melakukan latiahn bekerja domestik.
Melihat latihan perkusi

Pertukaran cenderahati


Cenderahati untuk semua Pengerusi-Pengerusi PDK WPKL
Rombongan pelawat telah berangkat pulang pada jam 12:25 tengahari.

Bunga Mayat : Mekar selepas sembilan tahun


COPENHAGEN, Denmark - Sejumlah pelawat yang mengunjungi Taman Botani di sini semalam dikejutkan dengan bau mayat mereput.

Bau busuk itu sebenarnya berpunca daripada tumbuhan Titan arum atau nama saintifiknya, Amorphophallus Titanum.
Spesies tersebut turut dikenali sebagai bunga mayat kerana mengeluarkan bau busuk apabila mekar.

Bunga tersebut berkembang sekali sejak sembilan tahun lalu. - Agensi

Euro 2012 : Makan-Bola, Minum-Bola, Mati-sebab bola


Lelaki berjaga 11 malam demi Euro 2012 mati



BEIJING: Gara-gara menonton perlawanan bola sepak Euro 2012 secara melampau, seorang lelaki mati selepas berjaga berterusan selama 11 malam, lapor media semalam.

Penyokong England dan Perancis, Jiang Xiaoshan, menahan dirinya daripada terlelap bagi mengelak terlepas aksi setiap perlawanan bola sepak yang berlangsung ketika ini. Menurut media, Jiang mati akibat letih melampau. 

Disebabkan perbezaan masa, Jiang dilaporkan berjaga setiap malam bersama rakan-rakan sebelum pergi bekerja keesokan hari.

Selepas perlawanan Ireland menentang Itali, Sina.com melaporkan, Jiang pulang ke rumahnya di Changsha kira-kira jam 5 pagi. “Dia kemudian mandi, tertidur dan tidak membuka matanya langsung selepas itu,” lapor Sina.com.

Rakan Jiang berkata, kematian itu mengejutkan kerana setahu mereka, Jiang “agak sihat” dan aktif bermain bola sepak mewakili universitinya beberapa tahun lalu. 

Namun, sumber lain berkata, kesan pengambilan alkohol dan rokok, bercampur faktor keletihan kerana berjaga menyebabkan sistem imunisasi Jiang lemah. - TS

Monday, May 7, 2012

PDK Selayang : Centralised Divisioning for Bocce

Pegawai Teknikal dari PDK Selayang sedang membuat ukuran dan catatan


PDK Selayang telah menghantar seramai 8 orang atlet untuk menjalani proses divisioning pada 4hb Mei 2012 (Jumaat) bagi menyertai Kejohanan Bocce Special Olympics Antara PDK-PDK Daerah Gombak 2012 yang akan diadakan pada:

Tarikh: 16hb Mei 2012
Masa: 7:30 pagi hingga 5:00 petang
Tempat: Padang Awam Kampung Setia, Kuang, Selangor

Atlet Azharul Azri sedang membuat roll off untuk divisioning
jarak 50 kaki

Atlet yang telah dihantar untuk menjalani divisioning tersebut ialah:

  1. Ahmad Safwan Shukor
  2. Azharul Azri Roslan
  3. Amirul Hassan
  4. Beh Hong Wei
  5. Hamzah Ahmad Kamal
  6. Norbani Adnan
  7. Muhammad Akmal Shuhaimi
  8. Mohd Zikry Nordin
3 dari 11 Jurulatih Special Olympics yang juga boleh menjadi
Pegawai Teknikal sukan tersebut

2 orang Jurulatih yang akan dipilih untuk mengiringi mereka semasa kejohanan tersebut dari seramai 11 orang jurulatih Special Olympics dari PDK Selayang.

PDK Selayang : Lawatan dari Pusat Kanak-Kanak Sembulan


Bergambar beramai-ramai selepas taklimat

Seramai 10 orang Jawatankuasa Pusat Kanak-Kanak Sembulan telah datang melawat PDK Selayang pada 2hb Mei 2012 (Selasa).

Rombongan tersebut tiba pada jam 9:30 pagi dan berada di PDK Selayang sehingga jam 12:00 tengahari.
Puan Kathy Ong menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada
Encik Mohd Yusof Tawil

Mereka diketuai oleh Presiden persatuan tersebut iaitu Puan Kathy Ong.

Tujuan lawatan mereka ialah untuk mempelajari program-program dan aktiviti-aktiviti yang disediakan dan dijalankan di PDK Selayang kepada pelatih-pelatih kanak-kanak dan pelatih -pelatih remaja di PDK.

Taklimat hampir 90 minit telah disampaikan oleh Naib Pengerusi II PDK Selayang.

Mereka seterusnya telah dibawa melawat ke kelas pemulihan anggota untuk pelatih EIP dan kelas latihan pemulihan vokasional untuk pelatih LPV.


Sunday, May 6, 2012

Armed burglars chased away by 3-yr-old child



Ruthless armed burglars were chased off by a brave little lad — aged just THREE.

He sprang into action after the hooded thugs smashed their way into his home at 1am and demanded cash at knifepoint from his parents.

They were frozen in terror — but the robbers got more than they bargained for when the lad charged out of his bedroom screaming at the top of his voice.

In a scene worthy of Macaulay Culkin’s 1990 blockbuster Home Alone, the raiders fled with just a packet of cigarettes — leaving the shocked couple unharmed.

Amazingly the couple’s younger child slept through the entire ordeal.

The burglars had first tried to con their way into the house by pretending to be police.

But when that failed they returned after the 24-year-old mother and father, 33, had gone to bed.

They smashed through the front door of the flat in Southampton and waved a knife at the couple who were terrified their two children would be harmed.

A police spokesman said: “The intruders threatened them and demanded money.

“They were disturbed by the couple’s three-year-old son who came out of his room screaming — making the men run away.

“There was also a young baby in the house who stayed asleep.

“The only item the burglars got away with was a packet of cigarettes.”

He added: “Officers believe this was not a random incident and that the flat was targeted.”

Police said the attackers were white,aged between 18 and 20.

- www.thesun.co.uk

Kosmo : 500 rumah di Terengganu rosak dipukul ribut





ZAKARIA (atas, kiri) dibantu jirannya mengalihkan atap rumahnya yang rosak selepas
ditimpa pokok kelapa dalam kejadian ribut di Kampung Undang, Marang semalam.
MARANG - Lebih 500 buah rumah di tiga buah daerah di negeri ini mengalami kerosakan dalam kejadian ribut dan hujan lebat kira-kira pukul 3 petang kelmarin.

Tiga buah daerah terlibat ialah Kuala Terengganu, Setiu dan Marang.

Dalam kejadian itu, kebanyakan rumah terlibat mengalami kerosakan teruk di bahagian bumbung akibat diterbangkan angin.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu, Zuhami Omar berkata, beliau difahamkan tidak terdapat mangsa tercedera dalam kejadian ribut itu.

"Kita sedang mendapatkan maklumat terperinci tentang kerosakan rumah daripada pihak berkenaan di kampung-kampung yang terlibat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengiringi Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said melawat rumah mangsa kejadian di Kampung Undang di sini semalam.

Sementara itu, Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri Bukit Payung, Zaidi Muda memberitahu, sebanyak 208 buah rumah di Bukit Payung terjejas akibat kejadian ribut tersebut.