Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Monday, January 24, 2011

Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) kekal sebagai duri dalam daging

Sepatutnta:
  1. Guru Kekal (Lepasan Maktab/Ijazah) bersyukor dengan adanya GSTT mengurangkan beban kerja mereka.
  2. Ibubapa juga patut bersyukor dengan adanya GSTT anak mereka taklah melahu dalam kelas tanpa guru.
  3. Dalam pemerhatian saya, lebih separuh GSTT mempunyai kualiti yang jauh lebih baik dari guru berijazaah sekalipun, walaupun mereka tidak terlatih, bukan bermakna mereka tidak boleh mengajar. Kebanyakkan guru terlatih hanya mengukur berapa banyak gaji mereka boleh perolehi.
  4. ADUAN TERBANYAK DARI RAMAI PELAJAR TERHADAP KUALITI GURU KEKAL [berlaku bila tamat kelas "Nak lebih pandai/tahu, datang rumah buat tuisyen (boleh buat duit tambahan) itulah realitinya]
Berita Harian: 2011/01/24

SETIAP kali penggal persekolahan bermula, isu yuran dan ketidakcukupan guru, termasuk membabitkan guru sandaran tidak terlatih (GSTT) akan mendominasi perbualan di kalangan ibu bapa dan guru. Bagaimanapun, kali ini isu yuran ditangani Kementerian Pelajaran dengan baik, termasuk menge-luarkan ‘nasihat’ kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) supaya mematuhi pekeliling ditetapkan kerajaan, menyebabkan hampir dikatakan tiada langsung rungutan ibu bapa mengenai soal ini ketika mendaftar anak masing-masing di sekolah rendah atau menengah.

Bagaimanapun, kelemahan Kementerian Pelajaran menangani soal GSTT, termasuk membiarkan guru terbabit tidak tahu status masing-masing sama ada khidmat mereka diperlukan atau tidak di sekolah sebelumnya menyebabkan isu ini menjadi ‘besar’. Seharusnya, Jabatan Pelajaran negeri bertindak proaktif mengatasi soal ini, bukannya memberikan keutamaan menyelesaikan isu seminggu dua lagi sesi persekolahan mahu bermula.

Ketika 12,000 GSTT di seluruh negara tidak tahu status mereka, pengumuman Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi bahawa seramai 1,614 GSTT akan disambung semula kontrak mereka pada 2011 adalah satu perkhabaran yang amat dinanti-nantikan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mengumumkannya, berkata cadangan itu berdasarkan aduan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), selain tugas mengajar, ada guru terpaksa mengendalikan aktiviti kokurikulum, bilik darjah, hal ehwal murid, pentadbiran dan perkeranian serta beberapa kerja tambahan lain.


Semua masalah ini ditimbulkan ketika khidmat 12,000 GSTT masih digunakan. Dengan pengurangan GSTT tahun ini, masalah ‘kerja berlebihan’ akan terus menjadi isu di sekolah, selain soal sekatan pelbagai tuntutan, termasuk perbatuan menghadiri mesyuarat dan kursus serta catuan perbelanjaan makanan dan minuman ketika berkursus.

p/s: Kesimpulannya: GSTT amat diperlukan dalam sistem pendidikan kita sehinggalah jumlah guru yang sebenar (sebab ada guru kekal memanggil GSTT sebagai pecacai) mencukupi di Malaysia (mungkin tahun 2020, 2030 dan ......tiada deadline). NUTP sepatutnya membantu kerajaan dalam usaha untuk (kononnya) untuk mencapai 'sifar GSTT' (dari pandangan peribadi 'lebih baik sifarkan dahulu karenah dalam NUTP dan sifarkan dahulu masalah guru tak masuk kelas) dan penambahbaikkan kualiti perguruan yang menjadi buah mulut ibubapa/penjaga.

Badminton: Hargai permata ini: Misbun

CHONG Wei bersama pingat dan replika cek yang
dimenangi selepas menjuarai Terbuka Malaysia, semalam
.‘Dia buktikan berada dalam kelas tersendiri ketika benam
juara dunia 2005’
p/s: Tahniah Datuk Misbun,
Tahniah Datuk Lee Chong Wei,
Syabbas Malaysia.....

Berita Harian; Oleh Hussain Said dan Jumiati Rosly; 2011/01/24


“HARGAILAH permata yang ada ini!” Begitulah bunyi kenyataan ringkas tetapi penuh makna daripada Datuk Misbun Sidek sejurus anak emasnya, Lee Chong Wei membuktikan dia berada dalam kelas tersendiri membenam juara dunia 2005, Taufik Hidayat 21-8, 21-17 - sekali gus merangkul kejuaraan Terbuka Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil, semalam.

Kejuaraan yang diraih jaguh perseorangan negara itu - yang juga pilihan pertama kejohanan - adalah koleksi mahkota kejuaraan ketujuh dalam rak kabinetnya sejak mengungguli pertandingan itu pertama kali pada 2004.

Kejayaan itu menyaksikan pemain nombor satu dunia itu hanya memerlukan satu lagi kemenangan untuk menyamai rekod bekas pemain negara, Wong Peng Soon yang muncul pemain paling banyak memenangi kejuaraan yang diperkenalkan sejak 1937 itu dengan lapan kali.

 “Saya amat gembira,” katanya Chong Wei ketika ditanya apa erti kemenangannya kali ini. “Saya harap ia menyemarakkan semangat saya untuk menghadapi kejohanan lain tahun ini, termasuk Terbuka Korea,” katanya yang berlepas ke Seoul, malam tadi.


Chong Wei mengakui sebelum beraksi Misbun ada membakar semangatnya supaya dapat menampilkan aksi terbaik selepas mengakui dirinya tertekan dengan harapan tinggi termasuk menjadi wakil tunggal negara yang beraksi di final.

“Misbun meminta saya bertenang kerana mempertahankan kejuaraan bukan mudah. Dia minta buat yang terbaik dan menikmati perlawanan,” katanya.

“Kemenangan ini juga untuk 1Malaysia kerana hanya saya wakil tunggal yang beraksi dan walaupun menggalas tanggungjawab berat, tetapi saya cuba memberi yang terbaik dan berjaya mempertahankan kejuaraan,” kata pemain kelahiran Pulau Pinang itu.

Sunday, January 23, 2011

Isu Pemasangan Beg Udara pada Kereta Saloon

Malaysia-Malaysia-Malaysia, hai lah Malaysia!!! begitulah ragam ramai pengguna di Malaysia, susah untuk menerima sesuatu pembaharuan walaupun untuk kebaikkan dan keselamatan diri sendiri.


Kereta saloon import telah lama memasang bukan sahaja 1, 2 malahan 4 beg udara (bukan semua keluaran) sejak 10-11 tahun dulu, sama jugalah dengan kes pemasangan talipinggang keledar tahun 1985 dahulu, seingat saya Datsun 120Y telah pasang talipinggang bila diimpot masuk pada tahun 1979, Malaysia lewat 8 tahun (pada masa tu saya baru umur 14 tahun).


Beg Udara Malaysia lagi lewat 10-11 tahun.


Sekarang kebanyakan kereta impot (terutamanya kereta mewah) telah mula memasang alat pengesan GPS rahsia, kalau dicuri mudah dikesan, kereta tempatan belum ada pasang lagi walaupun kenderaan kerajaan, termasuklah kereta resmi menteri masih belum pasang (tu sebabnya kereta resmi Ketua Polis Selangor pun boleh kena rembat). Mungkin kita akan ambil masa 15-20 tahun nanti baru nak wajibkan.


memanglah keperluan tu macam aksesori jugak, macam make-up tambah barang tambahlah harga tak boleh nak elak, tetapi kalau package siap pasang biasanya murahlah sikit.

Terkena! Terkena!! Terkena!!!

Kerani tidak hati-hati dan tidak melihat tanda (sebab dulu begitu)

Setelah hampir 4 tahun atau lebih tidak menjejak kaki ke Pasar Seni, semalam Sabtu 22hb Januari 2011 telah terjadi peristiwa yang tak disangka.

Kalau dahulu semua maklum, (pada yang biasa dengan CM) tandas lelaki terletak di G dan tandas wanita di M.

Selepas membayar cukai pintu (cukai masuk tandas 50sen, dulu 20sen) dengan memasukan shiling ke mesin yang disediakan, terus sahaja masuk ke sebelah kiri pintu dan cari bilik kecik yang kosong.

Tengah-tengah syok crrrrrrr, tetiba terdengar suara wanita berbual di kawaan sinki, dalam hati tentu perempuan tu tersalah masuk tandas atau cleaner, ahh pedulilah.........

Setelah selesai hajat, skali keluar tengok2 ada empat wanita, 3 pengguna dan 1 cleaner, dengan muka selamba je tanya 'aik! yang dah jadi tandas wanita ke?' A'aahh!' jawab sang cleaner, huuuu! tersalah kona lah aku!!!!... he he he.


Tetapi cantik juga gambar tanda tandas lelaki dan wanita tu kan!

Gergasi Rempuh Gergasi : Kemalangan di NKVE

Foto kemalangan yang berlaku semasa balik dari program outreach ke PDK Putra Perdana

Hatrik : Datuk Lee Chong Wei Juarai Terbuka Malaysia

Datuk Lee Chong Wei, seperti diduga mudah untuk memenangi Badminton Siri Super Terbuka Malaysia 2011 apabila mengalahkan Taufik Hidayat dari Indonesia dengan straight set 21-8, 21-17 hari ini.

Hip! Hip! Malaysia!
Hip! Hip! Malaysia!!
Hip! Hip! Malaysia!!!

Lee Kuan Yew Akui: Malaysia Tempat Terbaik di Asia Tenggara

Bila Kuan Yew buka mulut: Bersama Mior Kamarul Shahid: 2011/01/16

Buku singkap hubungan Singapura-Malaysia


DALAM prognosis untuk masa depan, saya mengatakan, jika saya diminta memilih mana-mana tempat di Asia Tenggara sebagai tempat kekal yang berpanjangan dan dalam banyak hal yang terbaik, saya kata ia adalah Malaysia. Begitulah salah satu daripada kumpulan petikan kata bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew. Kata-kata yang diucapkannya pada 14 Jun 1962 di Pusat Kajian Politik, Singapura itu terkandung dalam buku Confucius Confounded, The Analects of Lee Kuan Yew diterbitkan Berita Publishing Sdn Bhd, 2010.

dapatkan di: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BilaKuanYewbukamulut/Article

p/s: Bayangkan, Pemimpin asing telah memilih Malaysia sebagai tempat terbaik di Asia Tenggara kalau tidakpun didunia, bagaimana dengan kita?