Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Wednesday, December 1, 2010

Kejohanan Bowling Special Olympics Unified Team PDK-PDK Daerah Gombak 2010.

Gabungan PDK-PDK Daerah Gombak telah berjaya menjalankan Kejohanan Bowling Special Olympics Unified Team PDK-PDK Daerah Gombak 2010 pada 28hb November 2010 (Ahad) bertempat di Wangsa Bowl Kompleks Selayang Mall. Kejohanan tersebut bermula pada jam 1:00 petang dan tamat pada jam 5:30 petang.

Kejohanan ini dikenali sebagai Unified Team dalam Special Olympics kerana ia menggabungkan atlet SO bersama-sama dengan pemain biasa dalam satu team. Setiap team berempat akan mempunyai seorang atlet SO dan tiga orang lagi terdiri dari ibubapa/keluarga, Penyelia dan Petugas PDK serta Pegawai JKM Daerah Gombak.

Sebanyak 26 team telah mendaftarkan diri menjadikan seramai 26 atlet SO berganding bersama-sama 78 orang pemain biasa, dan keseluruhannya seramai 104 orang telah bertanding.

Kejohanan telah dirasmikan oleh Encik Ishak Muhamad iaitu Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Gombak. Beliau bersama-sama dengan Encik Saimi Norbek turut bertanding untuk memeriahkan lagi kejohanan tersebut.

Encik Ishak, dalam ucapannya, amat berbesar hati kerana Daerah Gombak telah berjaya mengadakan program dan aktiviti yang melibatkan ramai OKU, ibubapa/keluarga dan lain-lain anggota masyarakat.

Jatuhan pin dari keempat-empat pemain dalam team tersebut akan dicampurkan dan team yang mempunyai jatuhan pin tertinggi akan dikira sebagai pemenang. Sebanyak 5 set hamper disediakan untuk pemenang-pemenang, dua hamper untuk pemain lelaki dan perempuan dengan jatuhan pin tertinggi dan 8 hamper cabutan bertuah disediakan. Hamper cabutan bertuah telah disumbangkan oleh Puan Nur Fariza Ahmad Sabhe dan Puan Anizawati Jamian.

Wangsa Bowl menaja pin bowling hiasan sebagai cenderahati kepada Encik Ishak Muhamad yang telah sudi merasmikan kejohanan tersebut. Pin tersebut akan disimpan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Gombak.

Kejohanan tersebut telah di Pengerusikan oleh Puan Hajjah Zaharah Ali, Penyelia PDK Taman Seri Gombak dan Penasihat adalah Encik Saimi Norbek. Urusetia kejohanan diketuai oleh Puan Noraini Othman, Penyelia PDK Selayang sementara Pegawai Teknikal Kejohanan ialah Encik Mohd Yusof Tawil dan Puan Suhaila Abdul Manap, Penyelia PDK Hulu Kelang.

Kejohanan ini merupaka program sukan yang ketiga dianjurkan secara kerjasama dari PDK-PDK Daerah Gombak iaitu yang pertama; Pertandingan Bocce Special Olympics Daerah Gombak yang telah diadakan pada 1hb Ogos 2010, yang kedua Kejohanan Bowling Special Olympics Antara PDK-PDK Daerah Gombak pada 20hb Oktober 2010 dan yang terbaru ialah kejohanan ini.

Friday, November 26, 2010

Kursus Pemantapan Kejurulatihan Special Olympics anjuran Special Olympics Kuala Lumpur.

Kursus ini akan diadakan pada 11hb Disember 2010 bermula jam 8:00 pagi hingga jam 6:00 petang.

Kursus ini dikhaskan untuk Penyelia-Penyelia PDK dan Petugas-Petugas PDK yang telang mengikuti kursus di Adamson Hotel dan Grand Blue Wave Hotel, juga untuk NGO yang telah mengikuti program pengenalan/orientasi kepada Special Olympics.

Kursus akan dijalankan oleh Encik Chuah Poh Teong dari SOKL dan Encik Mohd Yusof Tawil serta Cik Ho dari Melaka.

Yuran kursus adalah sebanyak RM50.00 seorang termasuk 2 tea dan 1 lunch. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 4hb Disember 2010 dan terhad kepada 40 peserta pertama sahaja. urusetia kursus boleh dihubungi melalui talian +6017-885 8308.

Monday, November 22, 2010

Lawatan Kerja Amal Pelajar SM Sains Alam Shah

Pada 9hb Oktober seramai 40 orang pelajar dari Sekolah Menengah Sains Alam Shah telah melakukan lawatan kerja amal ke PDK Selayang. Mereka diiringi oleh 3 orang guru pengiring termasuk Encik Rijaludin yang juga merupakan salah seorang ayah kepada Pelatih OKU PDK Selayang.

Pelbagai Gaya mengecat
Mereka dipecahkan kepada empat kumpulan yang mana setiap kumpulan mempunyai tugas masing-masing iaitu, mengecat dinding bahagian luar tingkat bawah bangunan PDK, membantu mengemas dan membersihkan peralatan PDK, melakukan aktiviti bersama-sama pelatih OKU PDK dan membantu menyediakan makanan dan minuman untuk mereka sendiri.

Semasa mendengar taklimat


Punye le seronok! Sampai tak perasan..........

Melakukan aktiviti bersama pelatih OKU PDK Selayang
Taklimat telah disampaikan oleh Puan Noraini Othman iaitu Penyelia PDK Selayang.

Unit mengemas


Semua aktiviti mereka tamat pada jam 1 tengahari dan mereka menjamu selera sebelum berangkat balik ke sekolah mereka.

Unit membersih
Menurut guru pengiring mereka, program ini merupakan program tahunan anjuran sekolah mereka, memandangkan setiap hujung tahun selepas tamat peperiksaan, tidak banyak aktiviti yang dilakukan di sekolah. Oleh itu mereka akan membuat lawatan kerja amal ke beberapa rumah kebajikan disamping membuat amal mereka juga akan bermuhasabah diri melihatkan kepada kekurangan yang dihadapi oleh rakan mereka di luar dari sekolah.
Dah hampir siap

PDK Selayang; Kinabalu Challenge & Borneo Adventure 2010.

PDK Selayang akan menganjurkan program Kinabalu Challenge & Borneo Adventure 2010. Program selama 6 hari ke Negeri Dibawah Bayu tersebut dijangka akan diadakan samada pada penghujung Mei atau Awal Jun 2011.

Mount Kinabalu-view from Kundasang. Do not only view from the photo. You'll be amaze when you're there.
Jawatankuasa Penganjur program tersebut bercadang untuk membawa bersama seramai 5 orang OKU (masalah akal) bersama-sama dengan 3 orang Ibu Tunggal/Tinggal, 2 orang Warga Emas dan 5 orang kanak-kanak yang terdiri dari kalangan anak yatim dan anak kurang bernasib baik. Mereka akan diiringi oleh seramai 5 orang Petugas PDK bersama-sama beberapa orang sukarelawan/wati.

Via Ferrata-Highest in the World, eager to try it, ADA BERANI
Jawatankuasa Penganjur juga menjemput beberapa buah PDK yang ingin bersama-sama menyertai program di atas. Sehingga kini 3 buah PDK dari Negeri Sarawak telah menyahut cabaran untuk bersama-sama menyertai program tersebut.

2 kilometers to Summit
PDK-PDK di Daerah Gombak juga telah dijemput tetapi setakat ini hanya PDK Hulu Kelang sahaja yang menyahut cabaran tersebut.

Ini mungkin kerana masalah kewangan adalah halangan terbesar untuk mereka menyertai program tersebut, ini kerana kos untuk setiap peserta adalah dijangkakan sekitar RM1,600.00 seorang.

Peluang untuk menyertai program tersebut masih terbuka, ini kerana permohonan untuk mendapat permit mendaki, akan dibuat pada penghujung Disember ini. Oleh yang demikian PDK-PDK yang berminat masih mempunyai masa untuk mencari calon OKU untuk mendaki dan pengiringnya serta mendapat kerjasama dari ibubapa, keluarga dan Jawatankuasa PDK.

Syarat untuk menyertai adalah mudah, setiap seorang pendaki OKU (masalah akal dan masalah anggota yang minima) mesti diiringi oleh seorang pengiring yang sama jantina (jika peserta perempuan, pengiring mesti perempuan tetapi peserta lelaki, pengiring perempuan adalah dibenarkan). Dan, yang paling penting menpunyai kewangan yang mencukupi.

Badan/Persatuan Rekreasi/Kembara dari IPT adalah dialu-alukan untuk bersama-sama menyertai program ini, yang mana selain dari sebagai salah satu aktiviti badan/persatuan mereka, mereka juga boleh menjadi sukarelawan/wati dalam membantu OKU ini untuk mendaki hingga ke puncak.

Bird View of 'Tip of Borneo'
Selepas tamat mendaki, pada hari keempat mereka akan dibawa pula untuk melihat sendiri 'Tip of Borneo' dengan pemandangannya yang amat cantik disamping dapat menyaksikan sendiri pertemuan dua lautan iaitu Laut China Selatan (sebelah kiri) dan Laut Sulu (sebelah kanan) 'tanjung' tersebut.


Tip of Borneo
Foto-foto ini bertujuan untuk menguatkan lagi jemputan untuk anda menyertai kami, bila lagi......?

Karnival Hari OKU Antarabangsa Negeri Selangor Darul Ehsan 2010.

Kerajaan Negeri Selangor menerusi Unit Perancang Ekonomi Negeri akan mengadakan satu karnival sempena Sambutan Hari OKU Antarabangsa pada 5hb Disember 2010 (Ahad) bertempat di Dewan Belia Seksyen 7, Shah Alam.

Program tersebut akan dijalankan dengan kerjasama dari CBR Network Malaysia, yang akan mengadakan pelbagai acara menarik seperti Simulasi sebagai OKU (dua kategori), pertunjukkan Permainan Bocce (satu permainan dalam Sukan Special Olympics), Gerai Jualan Makanan, Minuman dan produk-produk OKU dari PDK-PDK yang mengambil bahagian termasuk beberapa NGO.

Pertandingan kuiz sempena hari tersebut juga akan diadakan dengan pelbagai hadiah menarik disediakan oleh penganjur.

Selain dari itu, gerai informasi (pameran) juga diadakan oleh pelbagai Jabatan Kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pendidikan, Jabatan Tenaga Kerja, jabatan belia dan Sukan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Penerangan, Majlis Bandaraya Shah Alam dan berbagai lagi.

Semua lapisan masyarakat adalah dijemput hadir untuk meraikan hari yang amat bersejarah bagai kalangan OKU tersebut.

Untuk OKU yang hadir pada hari tersebut makanan dan minuman untuk mereka disediakan oleh penganjur.

Adalah dijangkakan lebih darai 2 ribu akan mengunjungi karnival setengah hari tersebut yang akan tamat pada jam 2 petang.

Kejohanan Bowling Special Olympics Unified Team Daerah Gombak.

Lagi sekali gabungan PDK-PDK dalam Daerah Gombak mengadakan kejohanan bowling, kali nini berlainan format pula dengan mengenengahkan konsep Unified Team. Konsep ini menetapkan setiap seorang atlet Special Olympics akan bermain dalam kumpulan berempat yang mana ketiga ahli kumpulannya adalah orang normal yang terdiri samada dari ibubapa atau keluarganya, Penyelia atau Petugas PDK termasuk Jawatankuasa PDK dan juga Pegawai-Pegawai JKM Daerah Gombak.

Kejohanan tersebut akan diadakan pada 28hb November ini di Wangsa Bowl Selayang Mall bermula seawal jam 1 tengahari.

Seramai 32 orang atlet Special Olympics akan mengambil bahagian bersama-sama dengan seramai 96 orang pemain normal.

Hadiah berbentuk hamper menanti setiap seorang pemenang yang akan diberi sehingga tempat kelima.

Sementara itu sebanyak 5 hamper telah disediakan untuk cabutan bertuah kepada peserta-peserta yang tidak berjaya memenangi hadiah dari tempat pertama ke tempat ke lima. Hamper tersebut adalah sumbangan dari Puan Farizah Ahmad Sabhe.

Pengerusi Kejohanan ialah Puan Hajjah Zaharah Ali dari PDK Taman Seri Gombak.

Specialm Olympics Fun Bowling 2010.

Special Olympics Malaysia dengan kerjasama dari Mattel Malaysia Sdn Bhd akan menganjurkan Program Fun Bowling pada 27hb November 2010 (Sabtu) di Mega Lanes, Mega Mall, Seberang Prai, yang melibatkan kalangan atlet Masalah Intelek dari beberapa negeri seperti Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur.

Atlet dari Daerah Gombak akan menyertai program di atas dengan menyertakan seramai 24 orang atlet dari 6 buah PDK dari daerah ini.

Mereka akan menaiki bas yang disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Gombak dengan kerjasama dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Gombak. Mereka akan bergerak ke Seberang Prai pada 26hb November 2010 pada jam 10 pagi dari PDK Selayang.

Mereka juga akan diiringi oleh dua orang Pegawai Pengiring dari JKM Daerah Gombak.

Mereka akan menginap di Hotel Adamson Penang yang berada antara 2-3 km dari Mega Mall Seberang Perai.

Mereka dijangka kembali ke Gombak pada 27hb November sejurus selepas tamat program Fun Bowling tersebut.