Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Tuesday, September 28, 2010

Kejohanan Bowling Antara PDK Daerah Gombak 2010

Kejohanan Bowling Antara PDK Daerah Gombak 2010 akan diadakan pada:

Tarikh: 20hb Oktober 2010.
Masa: 1:00-6:00pm
Tempat: Wawasan Bowling, Selayang Mall.

Peserta: Atlit OKU Akal sahaja.
Kategori: Pertandingan-Terbuka (had umur terendah ialah 8 tahun) (maksima 48 peserta).
               Pengenalan-OKU yang belum pernah bertanding (maksima 16 peserta).
Format: Special Olympics.

Untuk Penyelia-Penyelia PDK Daerah Gombak

Pat-pat Nye
Siapa cepat dia punye
Siapa lambat nye
Jangan mare nye!!

Asia Pacific CBR Convention 2010, Kuala Lumpur

CBR Network Malaysia akan menganjurkan Konvenyen CBR Asia Pasifik kali pertama bagi rantau Asia Pasifik yang akan diadakan dari:

13-15hb November 2010 (Sabtu-Isnin)
Berjaya Times Square

Peserta-peserta adalah terdiri dari aktivis CBR (PDK) dari seluruh dunia. Setakat ini seramai 71 peserta dari luar negara telah mendaftar untuk mengikuti konvensyen tersebut berbanding peserta tempatan.

Peserta-peserta tempatan pula terbuka kepada Pengerusi dan Jawatankuasa PDK, Penyelia dan Petugas PDK, Pegawai Penyelaras PDK Daerah dan Negeri, Pegawai Bahagian Pembangunan OKU Daerah dan Negeri.

Selain itu wakil dari NGO-NGO yang menyediakan perkhidmatan komuniti yang lain (seperti anak-anak yatim, kanak-kanak, wanita, ibu tunggal dan ibu tinggal, warga emas, keluarga miskin serta OKU) juga dijemput untuk menyertai konvensyen ini.

Yuran Penyertaan bagi Peserta Tempatan ialah RM500.00

Manakala bagi peserta luar pula ialah USD250.00

Mereka yang berminat boleh menghubungi sekretariat konvensyen di 012-3772431; 012-2096577; 017-8858308; 019-6688308; atau

E-mail: cbrnetworkmalaysia@gmail.com

Portal: www.cbrnetworkmalaysia.org/

Rumah Terbuka PDK-PDK lain Daerah Gombak

Beberapa PDK dalam daerah Gombak juga akan mengadakan Rumah Terbuka Eidul Fitri masing-masing iaitu:

PDK Rawang: 23 Syawal 1431H (2hb Okt); 9:00am-12:00pm

PDK Sri Kundang: 23 Syawal 1431H (2hb Okt); 9:00am-12:00pm

PDK Batu Arang: 24 Syawal 1431H (3hb Okt); 9:00am-12:00pm

Rumah Terbuka Eidul Fitri 1431H PDK Selayang.

PDK Selayang akan mengadakan Rumah Terbuka Eidul Fitri 1431H PDK Selayang pada:

24 Syawal 1431H (3hb Okt 2010)
9:00am-1:00pm
Perkarangan PDK Selayang



Lawatan dari Jawatankuasa PDK Kelang Selatan.

Satu rombongan pelawat seramai 12 dari PDK Kelang Selatan telah datang melawat PDK Selayang pada 27hb September, dengan diketuai oleh Pengerusinya Encik Abu Bakar.

Mereka turut diiringi oleh Pegawai Penyelaras PDK Daerah Kelang iaitu Puan Saniah.

Lawatan yang mengambil masa hampir 4 jam tersebut memberi peluang kepada mereka melihat luang penyelesaian semua masalah yang mereka hadapi, serta membuka mata kepada Jawatankuasa mereka bagaimana PDK Selayang beroperasi dalam menjalankan program-program dan aktiviti-aktiviti untuk OKU, anak yatim, kanak-kanak kurang bernasib baik dan ibu tunggal/tinggal serta warga emas.

PDK Hulu Kelang Dilanda banjir Lumpur.

Agak malang untuk PDK Hulu Kelang, Selangor, untuk tahun ini entah kali keberapa dilanda banjir lumpur tiap kali hujan lebat, terutamanya bila hujan yang berlarutan lebih dari 1 jam.

Inilah yang berlaku bila pemaju perumahan yang ternyata tidak sensitif dengan masalah komuniti yang berada berhampiran dengan projek mereka.

Undang-undang dan peratuaran di Malaysia sangat nyata untuk mengelakkan pemaju dari menyusahkan orang lain.

TETAPI APA NAK BUAT PENGUATKUASA BERDENGKUR SELEPAS KENYANG

Sunday, September 26, 2010

PDK Temangan Hangus Terbakar.

Pada 20hb September 2010 sejurus selepas Pelatih OKU PDK tersebut menikmati minum pagi, mereka telah ditimpa musibah, bangunan PDK mereka hangus terbakar tanpa dapat menyelamatkan apa-apa pun.

PDK Temangan terletak di Kampung Temangan Hilir, Machang, Kelantan DN.

Kerugian adalah dianggarkan antara RM100,000.00 ke 150 ribu.

Kepada sesiapa yang berminat untuk membantu mereka dari segi kewangan sila bantu mereka dengan:

Sumbangan Cek, dibayar dan ditulis atas nama Jawatankuasa PDK Temangan, atau

Sumbangan tunai: bank in ke akaun Jawatankuasa PDK Temangan di Bank Islam (BIMB) nombor akaun 03045010024398.

Bantu mereka untuk membuka semula PDK Temangan.