Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Saturday, July 3, 2010

Senja di Danga Bay

Foto-foto senja di Danga Bay pada 26hb Jun 2010.

Foto 1


Foto 2


Foto 3


Foto 4


Foto 5


Foto 6



Menarik tak Negara kita?

Arca Menarik-Siri 1

Arca Menarik di Danga Bay, Johor.

Arca 1


Arca 2



Arca 3



Arca 4


Arca 5



Foto Arca di Danga Bay Johor ini diambil semasa membawa delegasi ke Klinik Basketball Special Olympics di Singapura.

Klinik Basketball oleh NBA di Singapura

Special Olympics Malaysia telah menghantar 29 orang atlit berumur dari 8-34 tahun ke Klinik Basketball yang dijalankan oleh NBA dengan tema Basketball Without Borders in Asia yang telah diadakan pada 28hb Jun 2009 (Isnin) di Singapore American School, Woodlands 41, Singapura.

Mereka adalah dari:

1. Selangor 6 atlit dan 4 pengiring.
2. Johor (NGO) 11 atlit dan 6 pengiring.
3. Johor (JKM) 12 atlit dan 9 pengiring.

Delegasi ini diketuai oleh Mr Joseph Lau Tee Sun, Presiden SOM.

Atlt dari Selangor adalah terdiri dari:

1. 2 atlit PDK Selayang + 1 pengiring.
2. 2 atlit PDK Taman Seri Gombak + 1 pengiring.
3. 2 atlit PDK Hulu Kelang + 1 pengiring.

Kumpulan dari Selangor diketuai oleh Encik Mohd Yusof Tawil, dari Johor (NGO) Dr. Yang dan Johor (JKM) Haji Salleh.

Beberapa pemain profesional NBA telah didatangkan untuk membantu melatih OKU di klinik tersebut, seperti cara passing, bouncing, scoring dan warming up.


Kejohanan Special Olympics Malaysia

Kejohanan Special Olympics Malaysia kali ke 2 akan diadakan dari 5hb hingga 8hb Ogos 2010 dengan Negeri Perak sebagai penganjur selepas Negeri Sabah pada tahun 2006 sebagai penganjur yang pertama. Kejohanan ini akan diadakan di Bandaraya Ipoh.

Sebanyak 4 jenis sukan akan dipertandingkan iaitu:

1. Atletik (trek dan padang).
2. Bocce.
3. Bolasepak 5 sebelah (soccer); dan
4. Bowling (tenpin).

Atletik dan Bowling akan dijalankan pada hari Sabtu 7hb Ogos, sementara Bolasepak dan Bocce pada hari Ahad 8hb Ogos.

Bagi sukan atletik sebanyak 3 acara trek dijalankan sementara 2 acara padang dipertandingkan iaitu:

ATLETIK:

Trek/balapan:

1. 100m pecut.
2. 200m lari.
3. 4 X 100m berganti-ganti.

Padang:

1. Lontar Peluru
2. Lompat Jauh.

Untuk setiap negeri yang mengambil bahagian, hanya 8 atlit sahaja boleh disenaraikan iaitu 4 atlit lelaki dan 4 atlit perempuan berserta dengan seorang jurulatih bagi setiap jantina.

Setiap atlit yang bertanding hanya dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam satu acara trek dan satu acara padang sahaja, sementara acara 4 X 100m berganti-ganti adalah acara bonus.

BOWLING:

Bagi sukan bowling dua kategori dipertandingkan iaitu:

1. Individu; dan
2. Berpasangan.

Untuk setiap negeri yang mengambil bahagian, hanya 8 atlit sahaja boleh disenaraikan iaitu 4 atlit lelaki dan 4 atlit perempuan berserta dengan seorang jurulatih bagi setiap jantina.

Setiap atlit mempunyai peluang untuk bertanding dalam kedua-dua kategori.

BOLASEPAK:

Untuk setiap negeri yang mengambil bahagian, hanya 8 atlit sahaja boleh disenaraikan iaitu merangkumi 5 orang pemain utama dan 3 orang pemain simpanan. Tiada had jantina diberikan tetapi perlu disertakan 2 orang jurulatih sahaja mengikut jantina.

BOCCE:

Bagi sukan bowling dua kategori dipertandingkan iaitu:


1. Individu; dan
2. Berpasangan.

Untuk setiap negeri yang mengambil bahagian, hanya 8 atlit sahaja boleh disenaraikan iaitu 4 atlit lelaki dan 4 atlit perempuan berserta dengan seorang jurulatih bagi setiap jantina.

Setiap atlit mempunyai peluang untuk bertanding dalam kedua-dua kategori.

JUMPA DI IPOH.

Friday, July 2, 2010

Rumah Titian Kasih (RTK)

Warga PDK Selayang tumpang simpati dengan apa yang berlaku keatas penghuni Rumah Titian Kasih.

Tidak ada apa yang kami boleh lakukan untuk mereka, selain dari berdo'a, agar pengurusan RTK mendapat idea dan jalan yang terbaik untuk mereka.

JKM telah menjalankan cara mereka yang terbaik untuk membantu semua kumpulan sasar yang berada di bawahnya.

Kerja seterusnya adalah terpulang pada pengurusan RTK sendiri untuk mencorak apa dan bagaimana untuk mereka mengurus RTK tersebut.

Dari laporan akhbar dan percakapan pengurusan RTK mereka telah mengabaikan arahan awal yang dikeluarkan oleh tuanpunya rumah. Disamping mempunyai plan A untuk membeli rumah tersebut, mereka sepatutnya mempunyai plan B bersedia untuk menyewa rumah lain andaikata mereka gagal membeli rumah tersebut.

Dan akhirnya mereka terpaksa gunakan plan C (yang tiada dalam perancangan awal) iaitu, kumpulkan penghuni perempuan dengan penghuni lelaki (kesian penghuni lelaki yang terpaksa tidur dalam khemah).

Apapun kami berdo'a agar mereka (penghuni) mendapat yang terbaik pada masa akan datang.

Sesi Pertama Kursus Gubahan Bunga oleh MyKasih dan NAWEM

Sesi pertama Kursus Gubahan Bunga oleh Yayasan MyKasih dan NAWEM telah dijalaankan di LPPKN Selayang. Seramai 4 Petugas PDK (juga merupakan penerima program MyKasih) bersama dengan dua lagi penerima siri 2 telah mengikuti kursus di atas pada harini (1hb Julai 2010-Khamis) dari jam 2:00-4:00 petang.

Kursus ini akan diadakan sebanyak 10 sesi setiap hari Selasa dan Khamis. Setiap sesi akan dilatih konsep yang berlainan di dalam menggubah bunga hidup.

Pelawat dari PDK-PDK Negeri Melaka kumpulan 2

Seramai 8 orang pelawat yang terdiri dari Penyelia-Penyelia dan Petugas-Petugas PDK dari Negeri Melaka kumpulan dua telah melawat PDK Selayang.

Mereka tiba pada jam 1:15 tengahari dan bergerak ke lawatan seterusnya pada jam 2:15 petang.
Tidak banyak perkara yang dapat dikongsikan dalam tempoh yang sesingkat ini.

Selepas makan tengahari di PDK (makanan tengahari dimasak oleh Pelatih-Pelatih Remaja PDK), mereka cuma ada masa 35 minit sahaja untuk mendengar taklimat dan lawatan ke kelas-kelas IEP (kelas kosong -telah tamat waktu kelas) dan kelas LPV (juga kosong-waktu rehat untuk Pelatih LPV)