Sunday, April 24, 2011

Orang Korea suka masin

SEOUL: Kira-kira 30 pe­­ratus penduduk Korea makan makanan yang terlalu masin, kata Pentadbiran Makanan dan Ubat Korea (KFDA) yang turut menasihatkan warga negara itu perlu mengurangkan pengambilan garam demi kesihatan.

Akhbar Korea Herald mela­porkan, hanya 24.4 peratus rakyat Korea mendakwa mengambil garam dengan­ kadar sederhana, menunjukkan hidangan utama masyarakat Korea mementing­kan rasa masin.

Kajian itu dijalankan terhadap 500 orang yang makan semangkuk sup kacang hijau yang masin. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyarankan orang ramai mengambil kurang 2,000 miligram garam ‘sodium’ iaitu kira-kira enam gram garam sehari.

Pihak berkuasa menganggarkan rakyat Korea mengambil kira-kira 4,900 miligram ‘sodium’ atau 12.5 garam
 
p/s : pasti garam di Korea mahal!!!

No comments:

Post a Comment