Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Saturday, February 12, 2011

Ops Sikap ke-23 : 70 peratus saman kerana pandu laju

p/s: Sikap pemandu yang sentiasa nak cepat dicampur dengan seronok bawa laju. Kancil pun boleh lari 150kmh inikan pula rusa (saloon), seladang (4WD), kata sesetengah pemandu yang saya kenal "Ini bukan zaman kereta lembu, kereta kerbau atau kereta kuda, yang yang masih digunakan ialah 'Kuasa Kuda'

KUALA LUMPUR - Kecenderungan pengguna jalan raya di negara ini untuk memandu laju dilihat amat tinggi berdasarkan rekod statistik Ops Sikap Ke-23 lalu yang menyaksikan 70 peratus daripada saman yang dikeluarkan dalam tempoh operasi itu adalah bagi kesalahan membawa kenderaan melebihi had laju yang ditetapkan.

Ketua Trafik Pasukan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, daripada 167,868 saman yang dikeluarkan sepanjang tempoh Ops Sikap Ke-23 yang bermula sejak 27 Januari lepas sehingga kelmarin, 105,610 daripadanya adalah berkaitan kesalahan memandu melebihi had laju yang ditetapkan.

Beliau berkata, jumlah saman yang dikeluarkan pada Ops Sikap kali ini juga mencatatkan peningkatan lima peratus berbanding Ops Sikap ke-21 iaitu Ops Sikap yang dijalankan pada Tahun Baru Cina tahun lepas.

2 comments:

eelobor said...

kawan pun kekadang tertekan gak minyak tu....terutama bila "line clear". jauh tuh nak sampai sana

Mohd Yusof Tawil said...

Hati-hati...!

Bukan takut speed trap...,

tapi bobby trap aka tahi lembu...

biasalah dialembu tuh kan selalu buat road bullock he he heee...

kat area pagar sasak tu selalu di parking tengah jalan bila malam....