Bekas pemandu teksi lumpuh terpaksa harap isteri hidap sakit jantung sara hidup.
SERDANG: Sudah setahun memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun sehingga kini, Ariff Omar, 61, yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) masih ternanti-nanti sama ada permohonannya diterima atau tidak.
Ada beberapa persoalan disini:
- Adakah permohonan itu dibuat dengan hadir ke JKM atau sekadar melalui telefon sahaja. Hadir sendiri lebih baik dan mempunyai masa yang cukup untuk berbincang dengan pegawai JKM.
- Apakah bentuk bantuan yang diminta?, tidak dinyatakan! kadang-kadang salah permintaan juga menjadi penyebab.
- Kemana pergi rakan pemandu teksinya, yang tidak boleh membantu apabila memerlukan.
- Kenapa tidak mohon bantuan dari syarikat teksi tempat dia (En Ariff) bekerja, contohnya bantuan membawa ulang-alik ke hospital secara percuma, selain dari bantuan kewangan.
- Kemana hilangnya masyarakat setempat yang tidak boleh membantu anggota masyarakat, atau Puan Zaimah tidak bertanya atau tidak minta bantuan sekurang-kurang bantuan membawa suami ke hospital. Cuba gerakkan jiran tetangga dahulu untuk mereka membantu, belum cuba belum tahu, takkan satu taman atau satu kampung berhati yahudi, mungking ada seorang dua yang boleh membantu.
- Mungkin puan berasa malu untuk minta bantuan dari penduduk setempat/jiran tetangga/saudara mara, TETAPI JANGANLAH SAMPAI MALUKAN ORANG LAIN PULA (MUNGKIN PUAN TAK MALU UNTUK MEMALUKAN ORANG LAIN)
“Suami mendapat kad kenal diri OKU pada Disember tahun lalu, bagaimanapun sehingga kini masih tiada jawapan membabitkan permohonan bantuan walaupun kedua-duanya dihantar kepada JKM pada waktu yang sama.
“Saya sudah letih mahu menghubungi JKM bertanyakan mengenai permohonan itu apatah lagi selepas sekali lagi disuruh mengisi borang permohonan berkenaan tanpa dimaklumkan sebabnya,” katanya ketika ditemui di sini.
Lebih memburukkan keadaan, anaknya, Ahmad Zahid, 33, yang sering membantu beliau berniaga sebelum ini, tidak lagi dapat berbuat demikian selepas saluran darahnya bengkak menyebabkan Zaimah terpaksa turun naik lebih lima kali sehari untuk membawa barang niaganya daripada kediaman yang terletak di tingkat satu.
“Memang penat apabila terpaksa menguruskan segala-galanya sendirian tetapi saya terpaksa kuatkan semangat dan terus bekerja kerana hanya itu sumber pendapatan kami,” katanya yang memperoleh kira-kira RM500 sebulan hasil daripada jualan nasi berlauk.
Jumlah yang kecil itu tidak mencukupi apabila Zaimah terpaksa membelanjakannya bagi membayar sewa rumah berjumlah RM430 sebulan dan membeli lampin pakai buang suaminya RM150 selain menjelaskan bil air, elektrik serta menampung kos teksi setiap kali terpaksa ke hospital.
“Saya cuma berharap, JKM memberi jawapan pasti sama ada permohonan suami berjaya atau tidak kerana selama permohonan dihantar, hanya saya bersusah-payah menghubungi mereka. Lagipun, permohonan itu kini sudah mencecah setahun.
“Saya mengenali seorang kakitangan JKM dan apabila diajukan kepadanya mengenai masalah ini, beliau memaklumkan akan ada individu yang datang ke rumah untuk menemubual saya, bagaimanapun sehingga kini tiada wakil JKM pernah datang,” katanya.
Mereka yang berhasrat mengurangkan beban keluarga ini boleh berbuat sumbangan dengan menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank di atas nama Zaimah @ Maziah Nawawi bernombor 162143127182
2 comments:
saya punya cadangan, terus berhubung dengan pegawai berkenaan bagi mendapatkan jawapan & kepastian tentang status permohonan. Jika itu adalah HAK anda, jangan malu atau segan.
namun saya percaya kes ini kerana penama telah berputus asa menyebabkan laporan kepada akhbar di buat. Hubungi dan berjumpa dengan pegawai di bahgaian berkenaan untuk menyelesaikan masalah.
Kekadang tu, belum berusaha dah putus asa...........
Post a Comment