Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Thursday, December 16, 2010

PKBP: Penyelaras Sombong dengan Penyelaras OK.

Hari ini 3 orang Pelatih PDK telah dihantar untuk menjalani temuduga untuk memasuki Darjah 1 di dua buah sekolah yang mempunyai Program Khas Bermasalah Pembelajaran di Selayang, dua orang di Sekolah Rendah Selayang Jaya yang telah 6-8 tahun menjalankan PKBP dan seorang di Sekolah Rendah Taman Selayang yang akan memasuki tahun kedua menjalankan PKBP.

Di sekolah pertama yang telah mempunyai pengalaman 6-8 tahun dalam PKBP Penolong Guru Besar yang juga Penyelaras PKBP sekolah tersebut belum tiba semasa wakil dari PDK Selayang iaitu Encik Mohd Syahrulikram (Jurupulih Pertuturan) dan Puan Siti Nor Azila (Jurupulih Carakerja) tiba, dan terpaksa menunggu hampir 1/2 jam. Tujuan mereka adalah untuk membuat tinjauan mengenai proses temuduga yang dijalankan di sekolah tersebut.

Apabila ia tiba (seorang perempuan ala-ala anak mamak) berkata dengan nada keras 'saya tengah rehat-rehat kat rumah, call saya untuk datang ni, awak nak tengok apa' mengajukan soalan pada mereka berdua.

Lihat itu sebagai Penyelaras PKBP sepatutnya ia ada semasa temuduga bakal pelajar, dah lah tak buat kerja, malas, culas, cengil, sombong pun ada bersarang dihatinya. Patutlah ramai parent yang mengadu tentang kelakuan Penolong Guru Besar tersebut sejak 5-6 tahun dulu lagi.

Hatinya Penyelaras PKBP tersebut mungkin tak boleh di baiki lagi walaupun di overhaul, tetapi prestasi dan prasangka parent dan orang-ramai terhadap sekolah tersebut boleh diperbaikki dengan menggantikan hati busuk aka rosak yang seketul itu.

Inikah pendidik yang kita mahukannnnnn...................!

Berbalik pada sekolah yang kedua, yang baru nak bertatih tadi, Penyelarasnya adalah dari sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Mereka disambut baik sambil menyatakan PDK dan PKBP perlu bekerjasama dan boleh bekerjasama dalam banyak bidang untuk memartabatkan pemulihan dan pendidikan untuk OKU (padahal ia tidak tahu mereka berdua adalah dari PDK).

Cerita beliau lagi semasa beliau di Kuala Lumpur, semua kategori dan semua tahap keupayaan diterima masuk ke PKBP, berbanding Selangor yang memilih yang terpilih sahaja. Banyak soalan terlindung dan soalan cepumas yang ditanyakan semata-mata untuk mempastikan OKU tersebut tak boleh masuk PKBK.

Inilah pendidik yang kita perlukan!

1 comment:

eelobor said...

baca sambil berfikir sejenak.....