KUALA LUMPUR: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) dihukum denda RM1,000 di Mahkamah Majistret, semalam selepas didapati bersalah menghantar SMS ugutan bunuh terhadap rakannya, dua tahun lalu.
Majistret Zulkipli Abdullah menjatuhkan hukuman itu selepas Mohd Rizal Ahmad Zailan, 30, yang mengalami masalah pendengaran mengaku bersalah terhadap tuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah. Beliau turut memerintahkan Rizal dikenakan satu bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda.
Isterinya yang hadir pada prosiding turut menangis ketika hukuman itu dijatuhkan terhadap suaminya yang nampak tenang. Rizal yang menggunakan alat bantuan pendengaran didakwa menakutkan secara jenayah terhadap Mohd Khairul Shafri Abdul Aziz, 26, dengan menghantar SMS berbunyi ‘Ahh berlagak ar tu, aku akan bunuh kau juga haha, aku datang senyap2 ar ko tunggu je ar!, kaw anak haram!’. SMS itu dihantar di sebuah rumah 494-16, Jalan Kampung Bandar Dalam, di sini, pada jam 6.45 pagi, 28 April 2008. Dia yang berkerja sebagai penghantar surat didakwa melakukan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman tujuh tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Pengajaran:
- Penyelia-Penyelia dan Petugas-Petugas PDK, jadikan ini satu iktibar supaya kita melatih Pelatih-Pelatih PDK dalam menjalani program program mengikuti Peraturan-Peraturan dan Undang-Undang Negara.
- Tetapi biasanya OKU akal (IQ bawah 70) jarang berdendam.
No comments:
Post a Comment