Sebagai sebuah PDK One-Stop Center (PDK OSC), sebanyak 5 aspek wajib pusat sehenti perlu dibangunkan di PDK iaitu:
- Pusat Pendaftaran OKU.
- Pusat Rujukan OKU.
- Pusat Intervensi Awal OKU (EIP).
- Pusat Sumber maklumat OKU.
- Pusat Advokasi OKU.
Apakah PDK One-Stop Center?
Pengwujudan PDK OSC ini ialah untuk menyediakan PDK sebagai satu program yang lebih bermakna kepada OKU dan memudahkan OKU di dalam urusan, pemulihan, pembelajaran, latihan dan pembangunan bagi mereka dengan hanya di satu tempat.PDK OSC ini mempunyai rangkaian perkhidmatan dengan menjalin kerjasama dengan lain-lain agensi Kerajaan yang mempunyai kaitan dengan perkhidmatan untuk OKU seperti Jabatan Kesihatan, Bahagian Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran dan Jabatan Tenaga Kerja.
Aspek-aspek yang dibangunkan ini mempunyai fungsi-fungsinya yang amat penting kepada OKU antaranya:
Pusat Pendaftaran OKU:
- Membantu Jabatan Kebajikan menjalankan pendaftaran untuk OKU.
- Memudahkan Ibubapa/penjaga OKU untuk mendaftarkan anak mereka dengan menyediakan 2 jenis pendaftaran untuk OKU iaitu:
- Borang Pendaftaran untuk OKU 0-18 tahun.
- Borang Pendaftaran untuk OKU 18 tahun keatas.
- Mengetahui dan memahami proses pendaftaran mempunyai 3 langkah penting, dengan mengikuti langkah-langkah tersebut pendaftaran untuk OKU akan lebih mudah.
- PENGESANAN OKU: Boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja termasuk ibubapa/penjaga/ keluarga, Jawatankuasa/Penyelia PDK dan Petugas PDK serta lain-lain anggota masyarakat.
- PENGESAHAN OKU: Hanya dilakukan oleh Doktor bertauliah (jika kanak-kanak Doktor Paediatrik adalah lebih utama).
- PENDAFTARAN OKU: Dilakukan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah/Negeri di mana OKU tersebut berada/bermastautin.
- Rujukan di sini mempunyai 2 maksud:
- Dirujuk: menerima seseorang OKU yang dirujuk oleh samada JKM, Hospital, Klinik, BBK, lain-lain PDK, ibubapa, penjaga, keluarga dan/atau sesiapa sahaja yang merujukkan mereka ke PDK OSC.
- Merujuk: apabila menerima rujukan tersebut, jika PDK tidak dapat membantu atau program untuk mereka tiada di PDK OSC, PDK OSC tersebut haruslah merujukkan mereka ke tempat atau institusi yang tepat dan sepatutnya bagi memudahkan mereka.
- PDK OSC, samada Jawatankuasa dan Penyelia PDK mestilah mengetahui banyak tempat bagi program pemulihan, pembelajaran, latihan dan pembangunan untuk seseorang OKU tersebut.
- Program Intervensi Awal ialah satu program yang biasanya dijalankan untuk kanak-kanak yang berumur di bawah 6 tahun yang telah di diagnos sebagai mempunyai 'specific/general developmenyal delay' atau dalam lain perkataan 'kelewatan pertumbuhan'.
- Ada beberapa program atau pengkhususan perlu diberi atau disediakan dalam EIP seperti:
- Penilaian Pelbagai Disiplin/Kepakaran:
- Jurupulih Carakerja.
- Jurupulih Pertuturan dan Bahasa.
- Jurupulih Anggota.
- Jurupulih Psikologi.
- Doktor-Doktor Perubatan:
- Doktor Paediatrik.
- Doktor ENT.
- Kaunseling dan kursus untuk ibubapa/penjaga dan keluarga.
- Pemulihan Carakerja.
- Pemulihan Pertuturan dan Bahasa.
- Pemulihan Anggota.
- Pendidikan Khas.
- Pemulihan Psikologi.
- Untuk PDK, yang mana biasanya perkhidmatan di atas terhad atau tiada langsung, mereka hanya bergantung kepada pengetahuan asas mengenai EIP atau 'tiru apa orang lain buat', tetapi ia adalah lebih baik dari langsung tidak berbuat apa-apa.
- PDK haruslah menyediakan bahan-bahan rujukan yang boleh memberi maklumat kepada OKU, ibubapa/penjaga dan keluarga OKU, Jawatankuasa dan Petugas-Petugas PDK serta lain-lain, seperti:
- Buku-buku mengenai Kategori dan Jenis-Jenis Kurang Upaya.
- Buku-buku mengenai Pemulihan, Pembelajaran, Latihan dan Pembangunan untuk OKU.
- Sambungan internet untuk memudahkan usaha mendapatkan maklumat secara 'online'.
- Bahan-bahan tersebut mestilah mudah untuk digunakan oleh pengguna-pengguna di atas (bukan buat hiasan atau muzium-untuk ditengok, pandang dan lihat sahaja).
Makna Advokasi yang jelas ialah "Bercakap (Berusaha) Untuk Diri Sendiri", tetapi mungkin ramai yang mempunyai tanggapan dan terjemahan tersendiri, walau apapun yang diungkapkan itulah maknaya, tetapi yang paling penting ialah:
- Jawatankuasa, Penyelia dan Petugas-Petugas PDK serta lain-lain kakitangan PDK harus dan mesti memberi peluang kepada Pelatih Remaja/Dewasa OKU untuk menyuarakan sendiri pandangan, kehendak dan keperluan OKU.
- Mewujudkan keadaan atau sistem pemulihan, pembelajaran dan latihan kearah advokasi.
- Menyediakan ceramah, kursus dan latihan untuk advokasi kepada Pelatih Remaja/Dewasa OKU di PDK
JKMM berhasrat dengan wujudnya program PDK One-Stop Center ini, adalah supaya Pusat PDK dapat juga dijadikan sebagai Pusat bagi mengendali pelbagai isu OKU. Ini adalah kerana taburan Pusat PDK yang meluas dan diperingkat komuniti akan memudahkan masyarakat untuk mendapat khidmat nasihat, maklumat, khidmat rujukan untuk peroleh pelbagai perkhidmatan dan kemudahan berkaitan OKU. Peranan Pusat PDK bukan hanya sekadar pusat untuk pemulihan,pembelajaran dan latihan untuk OKU tetapi juga sebagai Pusat Sumber Maklumat, Pusat Rujukan, Pusat Pendaftaran dan Pusat Advokasi.
No comments:
Post a Comment