Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Thursday, October 7, 2010

Lawatan dari Bahagian Pendidikan Khas KPM Putrajaya.

Seramai 3 orang pegawai dari Unit Perancangan Bahagian Pendidkan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia Putrajaya telah melawat PDK Selayang dalam rangka kerja untuk penilaian semula beberapa program kerjasama antara BPK dan PDK.

Mereka diketuai oleh Puan Rosnani dan diiringi oleh Dr Noraini. (Puan Rosnani sedang bertanya sesuatu kepada salah seorang petugas PDK-baju gelap), (Dr Noraini sedang berbincang dengan salah seorang pegawainya-berkemeja merah)


 
Kerjasama yang dinilai semula tersebut ialah:

1. Program Guru Beredar: guru-guru pendidikan khas dari kelas-kelas/sekolah-sekolah khas berhampiran akan melawat dan menjalani latihan serta bertukar-tukar idea di PDK berhampiran atau dalam daerah yang sama.

2. Petugas PDK ke Kelas/Sekolah Khas: Petugas PDK akan dikhaskan/dihantar ke kelas/sekolah khas apabila ada pelatih PDK yang berjaya ditempatkan di kelas/sekolah khas tersebut. Ini bertujuan untuk membantu pelatih-pelatih PDK tersebut menyesuaikan diri dengan persekitaran baru yang berbeza dengan persekitaran PDK. Petugas ini hanya akan membantu pelatih PDK berkenaan sahaja dan tidak mengganggu atau mencampuri urusan kelas/sekolah khas berkenaan.



3. Proses kemasukkan pelatih PDK ke kelas/sekolah khas perlu dipermudahkan tanpa sebarang halangan samada dari pehak sekolah, kelas atau guru khas berkenaan.

4. Disamping itu mereka juga ingin meninjau perkembangan PDK One-Stop Center dan mencari bahan untuk cadangan kemungkinan mewujudkan konsep yang sama di kelas/sekolah khas.

Turut sama dalam perbincangan tersebut ialah Puan Noor Yasmin Abdul Karim, Presiden CBR Network Malaysia.

Mereka berharap kedua-dua perkara utama perbincangan di atas akan boleh murnikan atau dilaksanakan pada tahun 2011.

Beberapa perkara juga telah dibincangkan untuk penambahbaikan kerjasama antara BPK dan PDK.

Disamping PDK Selayang mereka juga telah meninjau 3 buah PDK lagi iaitu PDK Taman Seri Gombak, PDK Kuala Kubu Baru dan PDK Gedangsa.

No comments: