Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Thursday, October 21, 2010

Kejohanan Bowling Special Olympics Antara PDK-PDK Daerah Gombak 2010

Kejohanan Bowling Special Olympics Antara PDK-PDK Daerah Gombak 2010 telah diadakan pada 20hb Oktober 2010 (Rabu) mulai jam 12:00 tengahari hingga 6:30 petang.

Seramai 49 orang atlit kurang upaya intelek (intellectually disabled) telah mengambil dari 8 buah PDK dalam Daerah Gombak dan dua PDK jemputan. PDK-PDK tersebut ialah:

PDK-PDK DAERAH GOMBAK:
1. PDK Selayang 10tlit.
2. PDK Rawang 9 atlit.
3. PDK Sri Kundang 5 atlit
4. PDK Gombak Setia 5 orang.
5. PDK Hulu Kelang 8 orang.
6. PDK Batu Arang 3 orang.
7. PDK Taman Seri Gombak 4 orang.
8. PDK Kasih Templer 1 atlit.

PDK Jemputan:
9. PDK Kuala Kubu Bharu 2 atlit; dan
10. PDK Sg Choh 2 atlit.

Seramai 12 Pegawai Teknikal dilantik dikalangan Penyelia/Petugas PDK yang telah mengikuti kursus kejurulatihan dan kepegawaian Special Olympics. 28 orang lagi Penyelia/Petugas PDK adalah Jawatankuasa/Jawatankuasa Kecil Kejohanan, sementara sebelas orang lagi yang tidak/belum pernah mengikuti kursus kepegawaian dan kejurulatihan Special Olympics dilantik sebagai pengiring atlit.

Sebanyak 2 kategori diadakan iaitu:

1. Kategori Pertandingan 36 atlit yang sudah berlatih/bermain bowling.
2. kategori Pengenalan; untuk pelatih PDK yang baru dan belum pernah bermain bowling.

Semua atlit kategori pertamdingan bermain dalam 3 permainan manakala atlit kategori pengenalan bermain sebanyak 2 permainan.

Sebanyak 8 Division Pertandingan diadakan manakala 2 Division dalam kategori pengenalan.

Atlit Muhammad Danial Azrai Zulkifly telah membaca ikrar atlit.

Kejohanan Dirasmikan oleh Encik Saimi Norbek, Pegawai Penyelaras PDK Daerah Gombak yang mewakili Encik Ishak Muhammad, PKMD Gombak yang tidak dapat datang kerana menghadiri perhimpunan di PLPP.

No comments: