Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Sunday, October 17, 2010

Chong Wei tak lupa bantu atlit susah (Malangnya kita cuma ada seorang Datuk Lee Chong Wei)

Datuk Lee Chong Wei, ikon sukan negara.
Warga PDK Selayang khasnya dan warga
Malaysia amnya berdo'a agar Datuk boleh
berbakti kepada negara sepanjang hayat.
Oleh Jumiaty Rosly jumiati@bharian.com.my 2010/10/17

JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mungkin sudah bergelar pemain nombor satu dunia tetapi status itu tidak membuatkannya lupa diri sebaliknya tampil membantu be­­­­kas atlit yang pernah mengha­­rum­­kan nama negara.

Malah Chong Wei, yang digelar atlit contoh oleh Pengerusi Eksekutif Yayasan Kebajikan Atlit Kebangsaan (YAKEB), Datuk Paduka Dr Mumtaz Jaafar, setakat hari ini sudah pun menyumbang lebih RM300,000 kepada yayasan itu. “Kita tidak boleh me­­lupakan bekas atlit dan apa yang boleh kita bantu, kita bantu. Mana tahu bila saya bersara nanti, ada orang akan tolong saya balik,” kata Chong Wei yang ditemui pada majlis sambutan pera­­yaan atlit 1 Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.

Sumbangan Chong Wei terhasil hasil usaha bersama syarikat swasta, Iris Corporation Berhad, penaja, yang mampu menaikkan lagi semangat dirinya melakukan yang terbaik dalam setiap kejohanan.

“Iris akan memberikan saya tambahan 50 peratus daripada wang kemenangan yang saya perolehi dalam setiap kejohanan disertai,” kata pemain nombor satu dunia itu.

“Contohnya jika saya menang RM80,000 pada satu pertandingan Iris akan memberikan saya RM40,000 lagi sebagai in­­sentif dan saya pula akan terus menyalurkan ke­­semua wang yang diperoleh kepada YAKEB,” kata Chong Wei pemenang pingat emas perseorangan lelaki di Sukan Komanwel, New Delhi, baru-baru ini.

Malangnya kita cuma ada seorang Datuk Lee Chong Wei. KITA PATUT ADA RAMAI LAGI.

Bijak pandai telah menyatakan:

"UNTUK BERJAYA KITA PERLU MENYOKONG/MENJAYAKAN ORANG LAIN DAHULU"

No comments: