Sunday, June 2, 2013

Timun : Bijinya Boleh Merawat Kanak-Kanak Kecacingan

Nama saintifiknya Cucumis sativus Linn.
  • Timun adalah sejenis buah tumbuhan yang dimakan sebagai sayur-sayuran dan ditanam sejak 3,000 tahun dulu. 
  • Ia dimakan secara mentah dan segar, selain dijadikan bahan masakan. 
  • Timun mengandungi 0.65 peratus protein, 0.1 peratus lemak dan karbohidrat sebanyak 2.2 peratus, selain mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, B1, B2 dan C.

  • Biji timun berkesan untuk merawat kanak-kanak yang mengalami kecacingan.

  • Timun banyak dijual di kebanyakan pasar, selain tergolong dalam famili yang sama dengan tembikai dan labu. 
  • Ia sejenis pokok yang memanjat dan sesuai untuk ditanam pada pagar dan boleh membiak daripada biji benih. 
  • Pokok berkenaan mempunyai batang bersegi empat, kuat dan berbulu, panjang boleh mencapai 2.5 meter. 
  • Sistem perakaran yang kembang meluas tetapi cetek. 
  • Daun pokok ini antara tujuh hingga 20 sentimeter (cm) panjang, berkeadaan kasar dan lebar. 
  • Bunganya besar dan berwarna kuning, petal berbentuk loceng, bergaris pusat 3 hingga 4 cm dan jenis monoecious. 
  • Buah timun bentuk bujur, buah muda berwarna hijau muda dan menjadi keperangan bila masak atau tua. 
  • Jenis timun yang ditanam adalah kultivar Simpang Pulai yang mengeluarkan hasil 20 hingga 25 tan per hektar. 
  • Tanaman berkenaan memerlukan suhu antara 18 hingga 35 darjah celsius dengan taburan hujan 300 mm per musim. 
  • Berbagai jenis tanah termasuk tanah gambut dan tanah berpasir sesuai dengan keasidan tanah pH 4.8 hingga 6.5. 
  • Kawasan dibajak dan digembur, batas dibentuk selebar 1.2 meter dan tinggi 20 hingga 30 cm. 
  • Pengapuran dilakukan tidak kurang dari 14 hari sebelum menanam ketika pembajakan pada kadar 3 hingga 7.5 tan per hektar (tanah gambut), 1 hingga 3 tan per hektar (tanah beris) dan 3 hingga 5 tan per hektar (tanah mineral). 
  • Penanaman di ladang menggunakan biji benih dengan keperluan biji benih 1.3 hingga 1.4 kilogram. 
  • Jarak tanaman adalah 60 cm antara pokok dan 60 cm antara baris. 
  • Kepadatan tanaman membabitkan 21,333 pokok dan penjarangan seminggu selepas menanam, manakala pemasangan junjung atau penyokong adalah dua minggu selepas menanam. 
  • Jenis serangga perosak seperti kutu daun, kumbang daun, lalat buah, kulapuk Downy, kulapuk berdebu, lecuh anak benih dan Antraknos. 
  • Masa kutipan hasil lima hingga enam minggu selepas menyemai dan mengeluarkan hasil 20,000 hingga 25,000 kilogram per hektar. 
  • Tempoh kutipan hasil selama dua bulan atau 60 hari dan cara memungut adalah buah dipetik dengan tangkainya.
  • No comments:

    Post a Comment