Sunday, June 2, 2013

3 Pelajar Jerman Teruja di MSU

BAGI tiga pelajar berbangsa Jerman, Manuela Angelika, Annika Geipel, dan Irina Weisner, peluang mengikuti pengajian selama satu semester di MSU adalah pengalaman paling menakjubkan.
Mereka adalah sebahagian pelajar yang terbabit dalam program pertukaran pelajar antarabangsa (ISEP) antara MSU dan Hof University, Jerman.
Sebelum ini, dua pelajar MSU telah menghabiskan dua semester pengajian mereka di Hof Universitydibawah program sama.

Hof University of Applied Science di Bavaria, Jerman adalah rakan universiti MSU sejak lebih empat tahun lalu merangkumi aspek pertukaran tenaga pengajar dan penyelidikan.

Sepanjang di MSU, ketiga-tiga pelajar itu melalui pelbagai pengalaman menarik dalam pembelajaran dan aktiviti kokurikulum, selain mengikuti lawatan pelbagai tempat menarik di Pulau Pinang, Pulau Langkawi, Kedah Singapura, Thailand, Johor dan Kuala Lumpur.

Bagi Manuela, antara pengalaman manisnya ialah dinobatkan pemenang kedua pertandingan fesyen bersempena Indian Cultural Day anjuran Indian Cultural Society, MSU. 

"Ini kali pertama saya menyertai pertandingan itu. Melalui pertandingan ini, saya dapat mengenali budaya masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

Walaupun melalui jadual pembelajaran yang padat kuliah, peperiksaan dan tugasan, Annika tetap gembira.

"Malah, pendekata mentor-mentee di MSU banyak membantu saya melalui cabaran ini. Mereka tidak lokek dan bersedia memberi bantuan bila-bila masa," katanya.

Bagi Irina, menyelami kebudayaan masyarakat majmuk negara ini memberi perspektif baru.

"Mereka hidup harmoni biarpun berlainan budaya. Ini sangat menarik dan mengujakan diri saya yang merasakannya sebagai budaya cukup unik," katanya.

No comments:

Post a Comment