Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Saturday, October 29, 2011

MKN kerah 30,000 anggota hadapi banjir

p/s : Bagus juga tuh!, satu contoh pengurusan dan perancangan yang baik dalam menangani masalah rakyat dan negara.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersiap sedia mengerah seramai 30,000 anggota untuk misi menyelamat sekiranya berlaku banjir di negeri ini ekoran angin Monsun Timur Laut yang mula melanda dan membawa hujan lebat sejak seminggu lalu.

Setiausaha MKN Kelantan, Roslee Mamat (gambar) berkata, selain anggota menyelamat, semua kelengkapan logistik juga telah disediakan dengan kerjasama agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta.

Jelas beliau, pengalaman menangani bencana banjir yang berlaku sejak bertahun-tahun lalu menyebabkan MKN sentiasa bersedia untuk memastikan semua rakyat yang terjejas dapat diberikan bantuan segera.

“Kita telah mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Banjir bulan lalu untuk memastikan semua agensi kerajaan, NGO dan swasta bersedia pada bila-bila masa jika banjir melanda.

“Seramai lebih 30,000 anggota akan terlibat dalam misi menyelamat mangsa banjir tahun ini yang melibatkan pakar komunikasi, pakar penyelamat, pakar keselamatan dan pakar kebajikan,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini semalam.

Roslee berkata, antara kelengkapan logistik yang sudah ada untuk digunakan adalah sebanyak 116 buah lori, 269 pacuan empat roda, 40 van, 143 bot dan tujuh helikopter yang boleh digunakan pada bila-bila masa untuk bantuan menyelamat.

Sementara itu, tambahnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) meluluskan peruntukan awal RM176,696 untuk perbelanjaan makan dan minum semua mangsa banjir yang akan ditempatkan di 729 pusat pemindahan banjir yang akan dibuka nanti.

No comments: