Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Sunday, October 30, 2011

Kesihatan : Kawal asma cara baru

PENYAKIT asma atau lelah adalah immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit.

Ramai orang dewasa dan kanak-kanak menghidap penyakit ini, malah menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), hampir 300 juta masyarakat dunia pada semua peringkat umur dan latar belakang menghidap asma.
Sedar penyakit itu makin hampir tahap membimbangkan, GlaxoSmithKline (GSK) menjalankan uji kaji dinamakan kaji selidik ‘Asthma Insights and Reality in Asia Pasific phase 2 (AIRIAP 2)’, baru-baru ini menyokong betapa pentingnya keperluan mengesyorkan rawatan asma berdasarkan tahap kawalan dan bukan berdasarkan tahap keterukan membawa kepada penilaian semula landskap rawatan asma.

AIRIAP 2 adalah kaji selidik keratan rentas berasaskan komuniti membabitkan 4,805 subjek daripada pusat bandar serata Asia termasuk Malaysia yang mengkaji hubungan antara status kawalan asma yang diperoleh daripada Global Initiative for Asthma (GINA), Ujian Kawalan Penyakit Asma (Asthma Control Test) atau ACT dan penggunaan penjagaan kesihatan segera seperti kemasukan ke hospital, lawatan ke unit kecemasan atau lawatan kecemasan tidak berjadual.

Pengerusi Yayasan Paru-paru Malaysia, Datuk Dr Zainudin Md Zin, berkata jumlah penghidap asma seramai 300 juta buat masa sekarang dan angka ini dijangka meningkat 100 juta lagi menjelang 2053.

“Di Malaysia, jumlah anggaran kelaziman asma di kalangan kanak-kanak berusia 0 hingga 14 tahun berada pada kadar 4.5 peratus manakala 4.1 peratus pula di kalangan orang dewasa berusia 15 tahun ke atas.

“Disebabkan penyakit ini makin meningkat setiap tahun, keperluan merevolusikan rawatan dalam usaha mencapai peratusan yang lebih tinggi dalam mengawal asma amat diperlukan,” katanya sewaktu sesi pengenalan ACT dalam bahasa Melayu di Pusat Perubatan Pakar Damansara, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Fasa kedua kaji selidik AIRIAP yang dibiayai sepenuhnya oleh GSK, sudah dijalankan pada 2006 bagi menentukan tahap kawalan asma terkini di 12 kawasan di Asia dengan menggunakan indeks kawalan sistem berasaskan GINA sebagai pengukur utama dan ACT sebagai pengukur skunder seterusnya menilai hubungan ukuran dengan penggunaan penjagaan kesihatan segera.

Di seluruh rantau, hanya 142 subjek (2.9 peratus) menunjukkan asma terkawal seperti yang ditentukan indeks kawalan simptom GINA. Dari baki subjek 2,997 (62.4 peratus) menunjukkan asma separa terkawal manakala 1,666 (37.4 peratus) menunjukkan asma tidak terkawal.

Dalam setiap kategori, subjek yang diklasifikasikan sebagai tidak terkawal oleh indeks kawalan simptom GINA mempunyai lebih simptom asma, kekangan aktiviti yang lebih besar dan peningkatan keperluan rawatan kesihatan segera berbanding dengan pesakit yang mempunyai asma terkawal dan separa terkawal.

“Sebagai penyedia penjagaan kesihatan, kami sentiasa mencari kaedah inovatif serta berkesan untuk merawat pesakit asma di samping memerlukan data dan statistik menyokong keselamatan dan keberkesanan sesuatu kaedah sebelum yakin untuk menggunakannya.

“Sebab itu keputusan AIRIAP 2 sangat penting untuk kami,” katanya.

Fasa pertama AIRIAP yang dijalankan pada 2000 menunjukkan kawalan asma suboptimum adalah meluas dengan lebih 40 peratus pesakit memerlukan rawatan kecemasan tidak berjadual untuk asma yang teruk sebelumnya.

Keperluan yang kerap untuk rawatan kesihatan segera ini mengakibatkan beban ekonomi yang tinggi di rantau ini, khususnya di negara membangun.


Mengawal asma berbanding meredakan simptom asma

Pengiktirafan kawalan suboptimum asma seluruh dunia membangkitkan pengkajian semula garis panduan nasional serta global bagi menentukan jenis rawatan yang disyorkan, berdasarkan tahap kawalan dan bukan tahap keterukan.

GINA juga menyemak semula garis panduannya pada 2006 dengan mentakrifkan tiga tahap kawalan iaitu terkawal, separa terkawal dan tidak terkawal. Penilaian kawalan tidak mencukupi adalah faktor penting yang membawa kepada asma yang tidak dikawal baik.

Bukan saja pesakit sering membuat anggaran berlebihan terhadap mengawal tahap kawalan asma mereka, bahkan kebanyakan penyedia penjagaan kesihatan juga cenderung untuk melakukan kesilapan sama. Penemuan ini menunjukkan perlunya alatan mudah dan boleh dipercayai mengukur kawalan asma.

Ujian Kawalan Penyakit Asma (ACT) adalah kaedah untuk mengukur kawalan asma. ACT merupakan soal selidik yang terdiri daripada lima soalan yang merangkumi simptom asma, kesan asma dalam fungsi seharian, penggunaan ubat penyelamat dan kawalan asma yang berkaitan dengan diri.

Kaedah ini terbukti mempunyai hubungan dengan penilaian pakar mengenai tahap kawalan asma tetapi hubungannya dengan asma teruk yang memerlukan penggunaan rawatan kesihatan segera, tidak diketahui.

Mula diperkenalkan pada 2005, ACT adalah soal selidik merangkumi soalan-soalan berkenaan simptom asma, kesan asma dalam fungsi seharian, penggunaan inhaler dan kawalan asma berkaitan diri sendiri.

Satu lagi mekanisme untuk mengukur kawalan asma ialah indeks kawalan simptom berasaskan GINA, yang merangkumi simptom waktu siang hari, kekangan aktiviti, simptom pada waktu malam yakni terjaga daripada tidur, keperluan ubat pelega atau penyelamat serta asma teruk.

Jika asma teruk, ia memerlukan rawatan kecemasan menggambarkan kesan yang penting kepada pesakit dan penyumbang utama kepada kos sosial asma. Data daripada AIRIAP 2 menunjukkan keperluan mendesak untuk rawatan kecemasan dalam tempoh 12 bulan sebelumnya mempunyai kaitan penting dengan status kawalan simptom yang diperoleh daripada GINA.

Sementara itu, Pengarah Institut Perubatan Respirotari (IPR), Datuk Dr Abdul Razak Muttalif, berkata ACT adalah alat ringkas yang mudah digunakan serta berkesan dan boleh digunakan oleh semua pesakit dan doktor.

“Ramai pesakit hanya menggunakan ubat penyelamat mereka apabila simptom berkenaan muncul, mengakibatkan serangan asma. Kami mahu berganjak daripada situasi itu dan menekankan kepentingan kawalan asma supaya pesakit tidak perlux menggunakan ubat penyelamat.

“ACT ialah sesuatu yang mudah digunakan oleh semua doktor dan pesakit. Ia membolehkan tahap kawalan asma diukur, seterusnya membolehkan rawatan betul diberikan. Dengan adanya ACT dalam bahasa Malaysia baru-baru ini, doktor dan pesakit kini mempunyai sumber tambahan untuk menentukan tahap kawalan asma lebih baik,” katanya.

Tambahnya, menjadi harapan dengan butiran baru ini menyokong keperluan untuk garis panduan yang baru dan diperbaiki.

“Saya harap pesakit asma dapat menjalani kehidupan lebih normal dan aktif di samping mengurangkan kos rawatan ekoran daripada lawatan kecemasan ke hospital bagi serangan asma yang teruk,” katanya.

Pesakit asma, Siti Sarah Abdul Mujib, 31, sebelum ini mempunyai tahap kesihatan tidak terkawal selepas mewarisi penyakit keturunan itu daripada keluarganya.

Sejak kecil dia bergantung hidup dengan ubat-ubatan dan terpaksa sering ke hospital setiap kali penyakit itu menyerang.

Memasuki alam persekolahan, asma yang dihidapinya semakin pulih dan menginjak usia 26 tahun, Sarah merasakan dirinya sudah pulih sepenuhnya tanpa perlu mengambil sebarang ubat.

“Saya sangka asma saya sudah sembuh sepenuhnya tetapi sangkaan itu meleset ketika mengandungkan anak kedua. Asma saya menjadi teruk hingga mengeluarkan kahak berwarna kuning dan dirujuk ke IPR.

“Di sana saya menjalani beberapa sesi perubatan dan mereka mengesyorkan menggunakan ubat sedut (inhaler) jenis inhaled corticosteroids (ICS) yang menggunakan steroid sebagai pelega jangka panjang,” kata ibu kepada tiga cahaya mata itu.

Dalam pada itu, Sarah turut menjalani ujian ACT sekali setiap tiga bulan bagi mengetahui tahap kawalan penyakit asma. Dengan menjawab lima soalan mudah, Sarah dapat mengetahui keberkesanan kawalan asma berdasarkan markah yang diperoleh daripada jawapan yang diberikan.

“Kini tahap asma saya semakin baik dan berada pada tahap terkawal. ACT benar-benar membantu saya memotivasikan diri supaya lebih prihatin soal kesihatan,” katanya.

No comments: