Monday, October 3, 2011

Hydrotherapy : Hideroterapi VS Mandi

Mandi atau hideroterapi?

Sebenarnya tidak ada bezanya, kedua-duanya adalah sama, cuma sebutannya sahaja berbeza.

Mari kita lihat, kelebihan mandi:

  • Ia boleh mengurangkan atau mengelakkan tekanan dan membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh badan anda.

  • Dengan merendamkan kaki ke dalam air panas selama beberapa minit, ia dapat membantu menyembuhkan pelbagai penyakit atau masalah yang mengganggu kesihatan diri. Antaranya seperti sakit kepala, selsema, hidung berdarah, sembelit dan kekurangan tidur.

  • Mandi air panas pada suhu sekitar 32 - 35 darjah Celsius pula akan membuka ruang yang dapat mengeluarkan toksin, menurunkan paras gula, memelihara usus besar serta menyembuhkan masalah sakit otot.

  • Menurut kajian saintis dari Jepun pula, dengan berendam di dalam air panas selama 10 minit boleh memperbaiki tahap kesihatan jantung terutama lelaki.

  • Kajian dilakukan oleh New England Journal of Medicine mendapati dengan berendam selama 30 minit dalam air suam amat baik untuk penghidap kencing manis. Ini kerana, tindakan itu dapat menurunkan paras gula dalam darah sebanyak 13 peratus.

  • Mandi air sejuk pun ada kelebihannya. Ia berfaedah untuk meredakan ketegangan.


  • Mandi air sejuk juga membolehkan meredakan pening ringan, sakit kepala ringan, demam ringan tanpa perlu mengambil ubat-ubatan (kegemaran penulis untuk mandi begini). Insya-Allah Mujarab.


  • Bagi yang gemar mandi laut pula, ia boleh menghilangkan kelemumur (bukan kajian saintifik), kerana beberapa orang pernah mendakwa begitu. Tetapi mungkin mandi di kawasan air laut yang bersih dan jernih bukan di kawasan air yang kotor dan keruh.

  • Mandi laut juga boleh mengurangkan atau merawat sakit kulit seperti panau dan kurap.


  • Ada berbagai jenis mandi lagi, seperti mandi rempah, mandi lulur, mandi lumpur, mandi air batu/ais, tu belum masuk lagi mandi bunga, mandi tolak bala, mandi safar (sekarang dah tidak diamalkan lagi-SYIRIK).

  • Mandi, memang banyak kelebihannya, tetapi jika dibuat berlebihan pula mungkin akan mendatangkan mudarat, jadi, apapun berpada-padalah..........

    No comments:

    Post a Comment