Monday, October 3, 2011

Rali Hokkaido APRC : Proton dominasi podium

Tiga jenteranya tamatkan saingan di podium pusingan kelima APRC
PROTON mendominasi Rali Hokkaido dengan tiga jenteranya menamatkan saingan di podium dalam pusingan kelima Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC), semalam.
Dalam acara utama, Alister McRae yang memandu Satria Neo S2000 berjaya mengubah nasib malangnya pada hari pertama untuk menamatkan saingan di tempat ketiga.
Satria Neo yang dipandu oleh Atkinson
Salah satu aksi menarik dalam Ralli Hokkaido
Keputusan di Jepun itu menyaksikan persaingan untuk merebut mahkota kejuaraan tahun ini membabitkan pertembungan tiga penjuru antara pendahulu Alister McRae dan rakan sepasukannya di PROTON Atkinson diikuti pemandu India Gaurav Gill yang memandu Mitsubishi Lancer Evolution X.

Perlumbaan seterusnya yang juga pusingan terakhir akan diadakan di Longyou, China bulan depan.

“PROTON komited menjadi lebih baik dan kami sudah membuktikan musim ini dengan memenangi tiga daripada lima pusingan setakat ini.

“Satu pusingan lagi akan menentukan siapa yang mengungguli kejuaraan APRC dan kami yakin dengan hasil kerja keras kami mampu menamatkan saingan dengan cemerlang,” kata Ketua PROTON Motorsports Datuk Abdul Razak Dawood.
Proton turut meraikan satu lagi keputusan membanggakan dalam Rali Hokkaido apabila dua pemandu, Karamjit Singh dan rakan sepasukan Akira Bamba menaiki podium tempat pertama dan kedua kategori 1600cc APRC.

 


No comments:

Post a Comment