Maklumat untuk semua Ahli Jawatankuasa, Penyelia dan Petugas PDK-PDK di Malaysia, Logo PDK yang disediakan oleh pehak Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, tidak boleh digunakan pada semua tempat, dengan lain perkataan, ia mempunyai had atau sekatan penggunaannya.
Logo PDK tersebut hanya boleh digunakan untuk:
- Papan tanda-papan tanda PDK.
- Pakaian seragam (uniform) atau t. shirt atau baju koprat PDK
- Tag nama (name tag) dan kad nama (name card).
Logo PDK tersebut TIDAK BOLEH DIGUNAKAN untuk:
- Tidak boleh dicetak di kepala surat (letter head) untuk surat rasmi atau tujuan mengutip dana (mengutip derma) atau apa-apa tujuan pun, (kecuali surat yang dihantar dan dialamatkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat sahaja).
Untuk pengesahan tentang perkara ini, sila rujuk kepada Pengarah Bahagian Pembangunan OKU, Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (jika rujuk kepada yang tidak mengetahui dan tidak memahami syarat dan had penggunaan logo PDK tersebut, mungkin akan menimbulkan kekeliruan atau tidak mendapat jawapan yang tepat dan betul)
dah lama surat edaran ke setiap PDK kan?
ReplyDeleteSaje nak remind diri sendiri dan diorang,
ReplyDeleteMaklumle, penyakit MML tu kekadang timbul gak!
(MML-Melayu Mudah Lupa)