SEMASA dibawa berkunjung ke Masjid Musulman, Ho Chi Minh City, Vietnam baru-baru ini, mata penulis terpandang kelibat seorang anak gadis bertudung sedang bermain badminton di halaman bersebelahan masjid.
Wajah riang Hasikin Thanh Liem, 18, mencuri hati penulis untuk mendekatinya bagi memahami Islam di dalam jiwa anak gadis ini.
Anak bongsu daripada dua beradik itu menceritakan biarpun Islam di tempatnya tidak segah Islam di Malaysia, namun tidak bermakna Islam tempatan perlu dipandang remeh.
Bagi anak gadis itu, rasa tersisih sebagai seorang Islam sememangnya menebal dalam dirinya yang terpaksa hidup dikelilingi penganut-penganut agama lain.
Paling ketara apabila rakan-rakan sekelas memandang rendah kepada gadis yang bertudung ke sekolah dan dianggap sebagai orang asing di bumi sendiri.
Seorang diri bersekolah dalam kalangan rakan-rakan yang langsung tidak faham apa itu Islam merupakan satu cabaran pada dirinya.
“Setiap hari saya perlu qada’ solat,” jawabnya ringkas beliau apabila ditanya bagaimana dia menunaikan solat setiap hari.
Biarpun sedar dirinya terlalu kerdil, namun Hasikin tahu Islam ada di mana-mana sahaja tanpa batasan untuk diamalkan.
Hari demi hari yang dilaluinya ditempuhi dengan penuh tabah semata-mata mahu memastikan keislaman di dalam dirinya tidak tergugat.
Jauh di sudut hatinya, penulis dapat melihat keikhlasannya dilahirkan sebagai seorang Islam di bumi yang langsung tidak memahami Islam sebagai agama sejagat.
Apa yang diimpikan Hasikin kini ialah mencari peluang untuk melanjutkan pelajaran di negara yang meletakkan Islam sebagai agama utama yang dianuti.
Mazhab Syafie
Imam Masjid Musulman, Abdul Azim Ishak, 50 menjelaskan, Islam di Ho Chi Minh City mengamalkan mazhab yang sama di Malaysia iaitu mazhab Syafie.
“Di sini Islam banyak dipengaruhi oleh masyarakat Islam dari Pattani, Thailand dan ada yang datang dari Kelantan yang dahulunya merupakan masyarakat Cham,” katanya.
Sebagai kaum minoriti di bumi sendiri, Abdul Azim mengakui, sememangnya banyak perbezaan cara mengamalkan Islam itu sendiri.
Islam sebagai minoriti banyak kekurangannya dan terpaksa bersaing untuk survival komuniti yang kecil dalam kelompok majoriti agama lain.
“Di sini, laungan azan tidak dibenarkan menggunakan pembesar suara, namun ia tidak bermakna tidak akan ada orang datang berjemaah setiap hari,” ujarnya.
Biarpun senario Islam di Vietnam amat berbeza dengan di Malaysia, namun ketika solat Jumaat kata Abdul Azim, lebih daripada 1,000 jemaah bakal memenuhi ruang solat masjid.
Masjid Musulman merupakan salah sebuah masjid paling sibuk di tengah-tengah Ho Chi Minh City. Ia dibina sekitar tahun 1935 oleh pedagang dari India.
Ruang solat terbahagi kepada dua iaitu di sebelah kanan merupakan ruang solat bagi jemaah lelaki, manakala sebelah kiri adalah ruang solat untuk wanita.
Terdapat satu kolah mengambil wuduk yang dibina di sebelah kanan masjid.
Biarpun keluasan dalam masjid agak kecil iaitu hanya sebesar bilik darjah, namun ia memadai bagi jemaah untuk beribadah.
Selepas pedagang India meninggalkan Ho Chi Minh City pada tahun 1975, masjid tersebut diserahkan kepada masyarakat Islam tempatan untuk menguruskannnya.
Sehingga kini, masjid tersebut menjadi ikon syiar Islam di Ho Chi Minh City sebagai salah satu tempat beribadah paling popular di tengah-tengah kesibukan kota.
Kawasan sekeliling masjid pula dijadikan tempat tinggal beberapa penduduk Islam dengan membina rumah-rumah kecil.
Salah seorang pengusahanya ialah Basiroh Aly. Kedainya di Jalan Huynh Van Banh, Daerah Phu Nhuan.
Pemiliknya, Basiroh Aly berkata, pelbagai produk dijual bagi memenuhi permintaan masyarakat tempatan mahupun pelancong luar negara.
“Telekung sulam serendah RM30 boleh dibeli di sini,” katanya ketika ditemui di kedainya.
Beliau yang mula berniaga dengan menjual barang dari rumah ke rumah pada tahun 2000 kini memiliki kilang dan butik sendiri untuk menerima tempahan daripada orang ramai.
Katanya, perniagaan beliau mendapat sambutan lebih-lebih lagi daripada pelancong dari Malaysia yang sering ke Ho Chi Minh City.
Alamat Masjid Musulman
Masjid Jamia/Musulman
Jl. Dong Du No. 66 District 1, Ho Chi Minh City
Senarai masjid-masjid di HCMC yang lain:
Masjid Rahim
Indonesia - Malaysia
45 Nam Ky Khoi Nghia Street, Dist. 1, Ho Chi Minh City
Masjid Anwar
157b/9, Duong Ba Trac Street, District 8, Ho Chi Minh City
Masjid Al Sa'adah
45/67n Binh Tien Street, District 6, Ho Chi Minh City
Masjid Hayatul Islam
317/75 Cach Mang Thang 8 Street, Dist. 10, Ho Chi Minh City
Masjid Niamat Al Islamiyah
360 Cach Mang Thang Street, Dist. 3, Ho Chi Minh City
Masjid Noorul Islam
Huong Street, Binh Thanh Dist, Ho Chi Minh City
Masjid Al Muwahidin
306 Song Hanh Ha Noi Street, Phuoc Long A, Dist. 9, Ho Chi Minh City
Masjid Jami-Ul Muslimin
52 Nguyen Van Troi Street, Phu Nhuan Dist., Ho Chi Minh City
Jamiul Masjid Al Musulman
66 Dong Du Street, Dist. 1, Ho Chi Minh City
Jami'a Al Masjid
641 Nguyen Trai Street, Dist. 5, Ho Chi Minh City
Jl. Dong Du No. 66 District 1, Ho Chi Minh City
Senarai masjid-masjid di HCMC yang lain:
Masjid Rahim
Indonesia - Malaysia
45 Nam Ky Khoi Nghia Street, Dist. 1, Ho Chi Minh City
Masjid Anwar
157b/9, Duong Ba Trac Street, District 8, Ho Chi Minh City
Masjid Al Sa'adah
45/67n Binh Tien Street, District 6, Ho Chi Minh City
Masjid Hayatul Islam
317/75 Cach Mang Thang 8 Street, Dist. 10, Ho Chi Minh City
Masjid Niamat Al Islamiyah
360 Cach Mang Thang Street, Dist. 3, Ho Chi Minh City
Masjid Noorul Islam
Huong Street, Binh Thanh Dist, Ho Chi Minh City
Masjid Al Muwahidin
306 Song Hanh Ha Noi Street, Phuoc Long A, Dist. 9, Ho Chi Minh City
Masjid Jami-Ul Muslimin
52 Nguyen Van Troi Street, Phu Nhuan Dist., Ho Chi Minh City
Jamiul Masjid Al Musulman
66 Dong Du Street, Dist. 1, Ho Chi Minh City
Jami'a Al Masjid
641 Nguyen Trai Street, Dist. 5, Ho Chi Minh City
1 comment:
Assalamualaikum encik Yusof, saya hendak bertanya kpd encik, di sekitar bndr ho chi minh tersebut, ada ke sekolah atau rumah kebajikan?
Post a Comment