PEMAIN nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei akan mempertahankan kejuaraan Siri Super Terbuka Jepun bermula hari ini yang bakal menyaksikan pertembungan sengit dengan musuh ketatnya Lin Dan dari China.
Chong Wei tentunya mahu mempertahankan kejuaraan dan membalas dendam kekalahan di Kejohanan Dunia tetapi dendam kesumat dua seteru itu akan lebih panas kerana ‘Super Dan’ juga mahu menebus kekalahan di tangan Chong Wei pada Terbuka Jepun tahun lalu.
Chong Wei yang menang Seluruh England buat dua tahun berturut-turut Mac lalu, menewaskan Lin Dan menerusi tiga set pada final Terbuka Jepun tahun lalu untuk mempertahankan kejuaraan yang kali pertama dimenanginya pada 2007.
Namun Lin Dan yang menjuarai edisi 2005 dan 2006 dianggap pemain terbaik sepanjang zaman lebih menyerlah dengan menewaskan jaguh negara di kejohanan utama seperti Olimpik Beijing dan Sukan Asia.
Selaku pilihan utama, Chong Wei akan membuka saingan menentang Rajiv Ouseph dari England, perlawanan yang agak mencabar di pusingan pertama. Tetapi dia dijangka mara berdepan Wong Wing-ki dari Hong Kong atau Wang Zhengming dari China di pusingan kedua.
Chong Wei, 28, diundi dalam laluan yang mengandungi juara Olimpik Athens, pilihan kelima Taufik Hidayat dari Indonesia.
Taufik yang berada di bawah tahap prestasi terbaik akan membuka saingan menentang pemain kelayakan di pusingan pertama.
Sementara itu, cabaran negara di Terbuka Jepun turut digalas Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dan Goh V Shem-Lim Khim Wah.
Chong Wei dan Lin Dan, pada kejohanan sama 2010 |

No comments:
Post a Comment