JOHOR BAHRU: “Sijil penghargaan ini membuktikan bahawa walaupun terpaksa bergantung kepada kerusi roda, ia tidak menghalang saya melakukan tugas perkeranian seperti pekerja lain.
“Lebih-lebih lagi, penyediaan kemudahan di sini banyak membantu memudahkan kerja saya kerana ia mesra orang kelainan upaya (OKU),” kata pembantu tadbir, Masarah Mohd Radzi, 31, ketika ditemui di sini, baru-baru ini.
Masarah yang bekerja di Bahagian Perjawatan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bersama 67 yang lain menerima sijil penghargaan Ketua Polis Negara sempena Hari Polis Ke-204 Kontinjen Johor, di Teluk Danga, baru-baru ini.
Menurutnya, dia lumpuh ketika berusia enam bulan selepas diserang demam panas dan sejak itu pergerakannya terbatas serta menggunakan kerusi roda untuk bergerak.
Anak sulung daripada empat beradik itu berkata, dia berkhidmat di IPK Johor sejak empat tahun lalu dan sentiasa komited menjalankan tugas walaupun tidak memiliki kekuatan fizikal setanding pekerja normal lain, namun usahanya berbaloi dengan pengiktirafan yang diterima.
“Pengiktirafan ini memberikan motivasi dan semangat baru kepada saya untuk lebih komited kerana terbukti segala usaha mendapat sokongan majikan dan rakan sekerja serta pada masa sama, saya sentiasa mengingatkan diri supaya bekerja dengan ikhlas untuk mendapat keberkatan,” katanya.
Masarah dan Intan menerima anugerah yang disampaikan Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.
“Penghargaan ini sangat bermakna kerana ada ketikanya saya terpaksa mendahulukan tugas daripada keluarga,” katanya. tetapi berkat sokongan penuh daripada mereka menjadikan saya lebih bersemangat untuk melakar lebih banyak pencapaian pada masa depan.
“Anugerah ini saya sifatkan adalah milik semua pegawai serta anggota wanita kerana kejayaan ini membuktikan kemampuan kami setanding lelaki,” katanya.
No comments:
Post a Comment