Friday, March 4, 2011

Guru Sandaran (GSTT) boleh kerja semula

p/s 1: Pernah buat entri pada Januari mengenai GSTT yang menerima notis pemberhentian tanpa sebab.

p/s 2: memang mereka tidak terlatih tetapi kebanyakkannya mempunyai prestasi dan output kerja yang lebih baik dari guru terlatih sekalipun, lebih-lebih lagi kepada mereka yang mempunyai minat dan tanggungjawab tetapi tiada berpeluang menjadi guru terlatih.

p/s 3: Tahniah! anda semua boleh meneruskan mendidik anak bangsa.

TONGOD (Sabah) – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) mengumumkan berita gembira buat 13,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang menerima surat pemberhentian pada tahun lepas bahawa notis itu ditarik balik.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, beliau telah meneliti keadaan itu dan membuat keputusan GSTT harus dikekalkan.

Serentak itu, beliau mengingatkan GSTT supaya bersedia berkhidmat di mana sahaja mereka dihantar bertugas kerana mereka tidak semestinya dihantar bertugas semula di sekolah asal.

“Saya minta Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran mengeluarkan surat pemberitahuan kepada mereka yang sudah berkhidmat dua, tiga hingga lima tahun, kita beri mereka peluang meneruskan perkhidmatan dan menempatkan mereka di tempat yang sesuai,” katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menyampaikan dividen ladang Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) Tongod dan Geran Komunal Lalampas Tongod di sini semalam.

No comments:

Post a Comment