Friday, March 4, 2011

Azizul tarik diri

p/s: Itu adalah lebih baik dari jika mencuba mungkin akan menyebabkan kecederaan bertambah baik, yang penting kesihatan perlu dijaga sentiasa, supaya boleh berkayuh dengan lebih baik lagi. Warga PDK Selayang mendoakan akan Azizul Hasni akan cepat sembuh untuk mengharumkan negara.

PEMBURUAN Jersi Pelangi di Kejohanan Dunia di Apeldoorn, Belanda pada 23-27 Mac ini kini disandarkan kepada Josiah Ng dan juga Rizal Tisin (gambar) selepas pelumba harapan, Azizulhasni Awang mengesahkan tidak akan menyertai kejohanan itu.

Pengesahan itu bermakna, semua spekulasi berhubung penyertaan Azizul di Kejohanan Dunia itu sudah terjawab.

Malah, ketua jurulatih negara, John Beasley mengesahkan pendahulu ranking dunia itu tidak mampu untuk pulih dengan kadar segera sekali gus perlu menarik dari daripada Kejohanan Dunia itu.

Pelumba kelahiran Terengganu itu menegaskan, mustahil bagi dirinya untuk pulih dalam jangka masa cepat kerana masih lagi berasa sakit kesan daripada pembedahan akibat tusukan kayu yang menembusi betis kirinya ketika siri Piala Dunia Klasik keempat di Manchester 18-29 Februari lalu.

Biarpun keinginannya untuk mewakili negara dan cuba menjadi pelumba negara pertama muncul juara dunia cukup tinggi, Olahragawan Kebangsaan 2009 itu tidak perlu terburu-buru kerana misi memburu emas di Sukan Olimpik lebih penting. “Perkara ini sudah dimaklumkan lebih awal bahawa saya mungkin tidak akan dapat bertanding di Kejohanan Dunia. Kesakitan yang dialami bukan luaran kerana ia membabitkan otot dalaman dan perlukan masa agak lama untuk pulih.

“Yang pasti, saya tidak sempat pulih dan berharap semua pihak memahami situasi ini,” katanya.

Terdahulu Azizul didakwa akan beraksi di Kejohanan Dunia Trek selepas Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM) menyenaraikan nama pelumba itu.


Mengetuai senarai itu Josiah, Rizal, Muhammad Edrus Md Yunos, Adiq Husinie Othman dan Fatehah Mustafa.

Pengunduran Azizul itu bermakna, dia akan kembali memburu mata kelayakan Olimpik bermula Ogos ini apabila siri Piala Dunia Klasik membuka tirai di Kazakhstan.

No comments:

Post a Comment