Sunday, March 6, 2011

Elaun untuk bomba sukarela

p/s: nampaknya semua kerja sukarela mula memerlukan pembayaran elaun; yang pastinya semangat kesukarelawanan akan terhakis oleh imbuhan dan elaun.


ALOR STAR: Kerajaan akan membuat pertimbangan bagi memberi elaun kepada anggota pasukan bomba sukarela di seluruh negara dalam jangka masa terdekat.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung berkata, keahlian pasukan bomba sukarela akan disusun semula selain mereka turut menerima elaun sebagaimana anggota perkhidmatan sukarela lain.

“Buat masa ini anggota pasukan bomba sukarela memang melakukan kerja secara sukarela tanpa elaun. Kita akan mengkaji dan menyusun semula keahlian mereka supaya turut menerima elaun dan kelebihan seperti anggota sukarela Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Pasukan Polis Simpanan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan enam kereta Proton Arena dan peralatan penyelamat kepada enam pasukan bomba sukarela di ibu pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, di sini, semalam.

p/s 2: tetapi bgus juga bagi sukarelawan/wati yang memerlukan bantuan kewangan untuk melakukan kerja-kerja sukarela?

No comments:

Post a Comment