p/s: Mereka meletakkan bayi atau kanak-kanak dalam bahaya, beroperasi tanpa lesen sekaligus tiada perlindungan insuran.
KUALA LUMPUR: Berikutan enggan mengikuti kursus wajib penjagaan kanak-kanak, lebih 500 pengusaha taska sekitar Selangor lebih rela beroperasi secara haram tanpa memiliki lesen sah daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Presiden Persatuan Taska Negeri Selangor, Mahanom Basri, berkata ramai pengusaha taska memberitahu berminat menguruskan pusat jagaan kanak-kanak itu, tetapi keberatan memohon lesen kerana menganggapnya rumit apabila perlu mengikuti kursus.
Katanya, pengusaha mendakwa sukar menghantar kakitangan untuk menghadiri kursus penting terbabit berikutan tidak ramai yang berminat bekerja sebagai pengasuh secara tetap.
Mahanom memberitahu, pihaknya pernah menganjurkan beberapa siri kursus dalam usaha membantu pengusaha taska mendapat lesen, namun ada antara yang gagal dalam permohonan lalu, memilih beroperasi tanpa kelulusan
No comments:
Post a Comment