Saturday, February 5, 2011

Resepi Kacang Pool (Singapo Mali)

Resepi Kacang Pool (orang singapo kata kacang foul, entah apa sesangat diorang suka dengan fault-fault nih!).

Nih dia ghupenye, pinjam gambau oghang. tq muncity


Bahan-Bahan:



  1. 4 tin kacang pool (atau rendam kacang parang semalaman dan rebus hingga empuk -kisar/tumbuk hingga separuh kasar atau separuh halus - ikut suka), (kalau rendam dengan air panas 3-4 jam dah cukup)
  2. 1 tin kecil minyak sapi, (bukan minyak lembu aaaeh! takut ada yang naik minyak kang)
Bahan2 kisar:


  1. 1 sudu makan ketumbar - di sangar, (kalau tak tau apekebendenye tuh, sila tanya oghang ghumah aku!)
  2. 1/2 sudu makan jintan manis - di sangar,
  3. 1/4 sudu makan jintan putih - di sangar,
  4. 3 biji bawang besar,
  5. 2 biji bawang putih, (pastikan bukan dua labu, nanti hantu pun taknak dekat).
  6. garam & gula sesedap rasa.

Taburan di atas kacang pool/hiasan penyedap mata atau penyedap selera-ikut suka, tapi mesti:


  1. Bawang besar & tomato (potong dadu) kalau malas cincang je (tapi macam hawau le ghupenye),
  2. Lada hijau (dihiris), Limau kasturi (dibelah dua) kalau boleh tolong buang bijinya, (takut masuk hidung nanti kang tumbuh lak!)
  3. Telur goreng mata kerbau (boleh goreng dengan minyak sapi/minyak sawit-ikut suka) (tapi kena ikut gak, kalau tak nak goreng pakai minyak ape? hah! minyak dagu!!).

Cara Cara:


  1. Panaskan minyak sapi dicampur dengan sedikit (2-3 camca) minyak makan ke dalam periuk.
  2. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar hingga naik bau/pecah bau.
  3. Masukkan kacang parang yang sudah dimesin dan garam sesedap rasa dan tunggu hingga mendidih. (kalau masin sangat tu tanda gila nak kawin tok tua tuh!)
  4. Hidangkan dengan bahan-bahan taburan dan sedikit minyak sapi di atasnya dan beberapa keping roti perancis/roti kayu dan jangan lupa telur mata kerbau tadi sekali.
  5. Dah makan!....tak gheti-gheti cuci pinggan!! Chaaettt!!!
Tentu sedaaapppp!

Kalau tak sedap, kenalah pegi Plaza Larkin, bayau RM3.50 kompom sedap, bende bebayau le katekannn!

No comments:

Post a Comment