Sunday, February 27, 2011

PDK Selayang : Perkhemahan Remaja@Pangkor (Siri 2)

Selepas daftar masuk, mereka dijamu dengan minuman "Selamat Datang" oleh pehak resort dan selepas menyimpan barangan mereka, pada jam 5:00 mereka telah berkumpul di lobi resort tersebut dan bergerak bersama-sama ke pantai untuk mandi (boleh kata mandi selamat datang).

Turun dari feri di Jeti Pangkor Laut

Pertama kali mandi laut

Berani


Takut (pertama kali ke laut) (pelatih berbaju jingga)

Memberanikan dan membiasakan diri
 Semasa mereka sedang mandi, lebih kurang pada jam 5:45 petang salah seorang dari Pelatih Remaja yang dibawa telah diserang sawan (memang akan dijangkakan beliau akan kena sawan), mungkin disebabkan oleh kepenatan. Encik Shahrulikram dan Encik Mohd Shah mengusung pelatih tersebut ke biliknya lebih kurang setengah jam kemudianpelatih tersebut pulih sepenuhnya dan boleh melakukan aktiviti semula.

Tiga peserta remaja ini gembira selepas selesai makan malam.
 Pada jam 8:00 malam mereka berjalan keluar untuk makan malam di gerai makan berhampiran.

Pada jam 10:30 malam satu sesi 'rollcall' diadakan bagi mempastikan semua peserta dan pengiring ada dan mereka dibenarkan masuk tidur pada jam 11:00 malam.

No comments:

Post a Comment