Sunday, February 27, 2011

PDK Selayang : Perkhemahan Remaja@Pangkor (Siri 3)

Pada hari Khamis iaitu hari kedua mereka di Pulau Pangkor dalam Perkhemahan Remaja @Pangkor beberapa aktiviti telah dirancang uutuk mereka.

Aktiviti Jelajah Pantai

Selepas sesi 'Rollcall' pagi pada jam 7:00 pagi, diadakan sesi senaman ringan dan diakhiri dengan senamrobik pada jam 7:30pagi.

Antara Hidupan yang dijumpai

Selepas itu mereka menuju keluar dari Palma Beach Resort untuk mencari gerai/kedai makan untuk bersarapan pagi.


Gamat atau Timun Laut

Semua nak cuba sentuh, tetapi bagi yang penggeli pasti terlompat-
lompat kegelian, tetapi tidak bagi mereka.

Selepas itu mereka balik ke resort untuk persediaan ke acara yang mencabar iaitu acara 'Jelajah Pantai', iaitu mereka akan berjalan disepanjang pantai yang panjangnya hampir 3 batu (hampir 5 km), ini bagi memberi peluang kepada mereka untuk mengenali pantai dan mengetahui apa-apa hidupan dan tumbuhan yang boleh ditemui di sepanjang pantai tersebut. Ini bermakna pergi dan balik mereka telah berjalan hampir 10 km dalam masa 4 jam.

Mengumpul cengkerang siput untuk dibawa balik ke PDK.

Selepas makan tengahari, aktiviti Khidmat Masyarakat pula mengambil tempat yang mana mereka perlu bergotong-royong memungut sampah sarap tinggalan pengunjung (sampah sarap buatan manusia) dan mengumpulkannya dalam plastik sampah.

Aktiviti selama 2 jam yang bermula jam 3 petang itu berjaya memungut sebanyak 8 beg plastik besar sampah.

Makan tengahari, mereka perlu bayar sendiri harga makanan.

Minum petang

p/s: (Pantai tersebut agak terurus kerana beberpa hotel dan resort di sepanjang pantai tersebut bekerjasama dengan membuat pembersihan pantai setiap minggu, oleh itu jumlah sampah yang dipungut agak kurang-satu usaha yang baik untuk diadaptasi oleh lain-lain pengusaha hotel dan resort di Malaysia dalam menangani pencemaran pantai oleh sampah sarap yang ditinggalkan oleh pengunjung-pengunjung yang tidak bertanggungjawab dan tiada kesedaran sivik).



No comments:

Post a Comment