Sunday, February 27, 2011

PDK Selayang : Lawatan dari pelajar jurupulih carakerja KSKB.

Seramai 35 orang pelajar kursus jurupulih carakerja dari Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh telah melakukan lawatan ke PDK Selayang pada 16hb Februari 2911.

Tujuan lawatan mereka ialah sebagai pendedahan kepada mereka mengenai program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).

Mereka telah diberi taklimat oleh Puan Jamaliah Ahmad selaku Pembantu Penyelia PDK Selayang.

Seterusnya mereka telah dipecahkan kepada 6 kumpulan iaitu 3 kumpulan untuk 3 kelas harian EIP, 2 kumpulan untuk 2 kelas harian LPV sementara 1 kumpulan untuk kelas pemulihan anggota.

Mereka membantu Petugas PDK untuk melakukan aktiviti di dalam kelas dan kemudiannya mengadakan satu persembahan khas untuk pelatih-pelatih PDK.

Mereka bergerak pulang ke KSKB pada jam 12:40 tengahari.

No comments:

Post a Comment