Seramai dua orang guru pendidikan khas masing-masing seorang dari SRK Taman Seri Gombak 1 dan seorang lagi dari SRK Taman Seri Gombak 11, telah mengadakan lawatan secara tidak rasmi ke PDK Selayang pada Jumaat 25hb Februari 2011 yang lalu.
Tujuan mereka ialah untuk berbincang untuk menwujudkan kerjasama dua hala antara guru-guru pendidikan khas dan Petugas-Petugas PDK Selayang yang mempunyaimntujuan yang sama iaitu memberi pemulihan, pembelajaran, latihan kepada pelajar-pelajar OKU.
Mereka telah berbincang dengan Puan Noraini Othman iaitu Penyelia PDK Selayang dan Puan Siti Nor Azila Saari Jurupulih Carakerja PDK Selayang.
Mereka akan mengadakan beberapa siri perbincangan lagi untuk sama-sama melakukan penambahbaikkan kepada perkhidmatan yang mereka sama-sama dipertanggungjawabkan.
walaupun tidak rasmi, tapi input yang dapat amat berguna. output lak, ada hasilnya jugak....
ReplyDelete