Sunday, February 6, 2011

Mesir : Tiada kebenaran kutip wang, perkhidmatan bawa balik adalah PERCUMA.

p/s: seperti yang tuliskan semalam, ibubapa/penjaga/keluarga yang mempunyai keluarga yang dibawa pulang melalui ehsan kerajaan Malaysia perlu berjaga-jaga, kerana perkhidmatan tersebut adalah PERCUMA, kalau ada yang hendak pungut duit kononnya sebagai tambang, bayaran visa atau sebagainya SILA JANGAN BAYAR dan LAPORKAN KEPADA POLIS DENGAN SEGERA.
KOTA KINABALU: Wisma Putra tidak pernah memberi kuasa kepada mana-mana pihak mengutip bayaran tambang penerbangan daripada ibu bapa pelajar yang dibawa keluar dari Mesir ke Jeddah, Arab Saudi sebelum dihantar pulang ke tanah air.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, pihaknya percaya perkara itu timbul angkara pihak tertentu yang ingin memperdaya ibu bapa pelajar untuk mengaut keuntungan berikutan kebimbangan terhadap keselamatan anak masing-masing.

Sehubungan itu, beliau meminta ibu bapa tidak mempercayai sesiapa pun yang menghubungi mereka untuk meminta bayaran berkenaan dan harus membuat laporan polis bagi memastikan pihak terbabit disiasat.

“Kami tidak pernah memberi kebenaran kepada sesiapa pun untuk mengutip duit daripada ibu bapa. Kalau ada, ibu bapa tidak harus mempercayainya.

“Saya pun pelik, dalam keadaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Kementerian Luar bersusah payah menghubungi ketua negara asing untuk meminta kebenaran laluan udara semata-mata untuk menyelamatkan rakyat kita di Mesir, ada pihak mencuba mengambil kesempatan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

read more @ Metro Ahad:

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tiadakebenarankutipwang/Article/artikelMA

No comments:

Post a Comment