Metro; Oleh Arifin Salleh; am@hmetro.com.my
MASJID TANAH: Hasrat seorang warga emas membawa pulang hasil pancingan untuk dijadikan ikan pekasam tidak kesampaian apabila dia ditemui mati dipercayai akibat serangan jantung di pantai Pengkalan Balak, dekat sini, semalam.
Lebih menyayat hati, mangsa, Othman Maidin, 64, yang juga seorang duda dikatakan meninggal dunia dalam keadaan terbaring sambil tangan kirinya masih memegang batang pancing.
Harian Metro difahamkan Othman berpisah dengan isterinya beberapa tahun lalu dan berasal dari Kampung Solok Pengkalan, Pengkalan Balak, dekat sini, serta memiliki seorang anak, Saiful Adnan, berusia lewat 30-an.
Dia yang bekerja sendiri dikatakan gemar memancing ikan selepas solat Subuh secara bersendirian sebelum mayatnya ditemui dua pengawal keselamatan, Firdaus Abu, 27, dan Amirul Hazanah, 21, yang sedang berjoging di sekitar pantai itu, kira-kira jam 7 pagi.
Menurut Firdaus, mereka baru saja habis bertugas di Kompleks Perahu Layar sebelum berjoging di sepanjang pantai.
Beliau berkata, mereka berdua terkejut melihat sekujur tubuh terbaring mengadap ke laut, manakala mata dan mulutnya terbuka luas.
p/s: Tak tahu nak cakap macam mana?
No comments:
Post a Comment