Saturday, January 29, 2011

Tukang Sembelih : Mesti Rakyat Kita

Oleh Hayati Ibrahim; ya_t@hmetro.com.my

p/s; Bagus jugak tuh! Ada penambahbaikkan:

  1. Kita tak was-was siapa yang sembelih.
  2. Beri pekerjaan kepada rakyat kita.

PUTRAJAYA: Hanya rakyat tempatan beragama Islam saja yang dibenarkan menjadi tukang sembelih di semua pusat penyembelihan bagi memastikan ayam yang disembelih mengikut peraturan ditetapkan syarak.

Pengarah Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zainal Abidin Jaafar (gambar), berkata mana-mana pusat penyembelihan yang mengingkari peraturan itu boleh dikenakan tindakan, termasuk ditarik balik sijil halal yang dikeluarkan jabatan berkenaan.

Menurutnya, Jakim sudah meletakkan syarat supaya semua penyembelih ayam yang berdaftar perlu mempunyai status warga Malaysia, beragama Islam bagi memastikan penyembelih ayam adalah benar-benar bertauliah daripada segi hukum agama, teknik dan kebersihan.

“Justeru, mana-mana syarikat atau pusat penyembelihan yang tidak mengikuti peraturan ditetapkan Jakim, kami boleh menarik sijil halal yang sudah diberikan kepada mereka jika ada bukti kukuh.

"Jakim memandang serius berhubung perkara ini kerana ia membabitkan soal halal haram, justeru, kami tidak membenarkan warga asing seperti Bangladesh, Indonesia atau Pakistan walaupun mereka beragama Islam untuk menjadi tukang sembelih,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Zainal berkata, buat masa ini, ada 29 pusat penyembelihan di sekitar Lembah Klang yang sudah diberikan sijil halal oleh Jakim.

No comments:

Post a Comment