Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Saturday, September 4, 2010

Iftar Ramadhan 1432H PDK Selayang; mereka yang turut hadir.

Mereka yang turut hadir memeriahkan dan mengimarahkan Iftar Ramadhan 1432H PDK Selayang.


Encik Shahrin dan Isteri dari FR Management & Consultation.
Puan Anizawati Jamian (baju kurung jingga)


En Michael (AJK Yellow House Society of KL) dan tunangnya

Petugas-Petugas PDK Kasih Templer

Tulang Belakang Iftar Ramadhan 1432H PDK Selayang

Tanpa bantuan dan kudrat mereka, Iftar Ramadhan 1432H PDK Selayang tidak akan berjaya.

Petugas-Petugas PDK sedang mencuci pinggan mangkuk
sejurus selepas tamat majlis.

Iftar Ramadhan 1432H PDK Selayang.

Al-hamdulillah.

PDK Selayang telah berjaya mengadakan program Iftar Ramadhan 1432H pada 23 Ramadhan 1432H (2hb September 2010, di perkarangan PDK Selayang.
Sedang menyiapkan juadah berbuka puasa

Menikmati kenikmatan berbuka puasa beramai (1)

Menikmati kenikmatan berbuka puasa beramai (2)

Menikmati kenikmatan berbuka puasa beramai (3)

Menikmati kenikmatan berbuka puasa beramai (4)

Menikmati kenikmatan berbuka puasa beramai (5)


Seramai lebih dari 250 tetamu telah hadir pada program tersebut yang bermula sejak 6:00 petang. Antara mereka terdiri dari seramai 158 orang OKU, anak yatim dan anak kurang bernasib baik.
Ucapan Alu-Aluan Oleh Dato' Prof. Ir. Dr. Haji Azhari Md Salleh,
Pengerusi PDK Selayang

Ucapan oleh Puan Anizawati Jamian yang mewakili
Pegawai Kebajikan Masyarakat daerah Gombak

Di program tersebut Dato' Prof. Ir. Dr. Haji Azhari Md Salleh iaitu Pengerusi PDK Selayang telah memberikan ucapan alu-aluan kepada hadirin terutamanya ibubapa yaang sudi hadir dan membawa bersama anak OKU mereka menyertai program tersebut.

Selain Pelatih OKU dari PDK Selayang, Pelatih OKU dari PDK-PDK berhampiran juga turut hadir iaitu dari PDK Rawang, PDK Hulu Kelang, PDK Taman Seri Gombak dan PDK Kasih Templer.

Duit Raya juga untuk Pelatih OKU non muslim.

Penyampaian Duit Raya kepada Pelatih OKU PDK Taman Seri Gombak

Penyampaian Duit Raya kepad Pelatih OKU PDK Hulu Kelang

Sementara itu Puan Anizawati Jamian hadir bersama untuk mewakili Encik Ishak Muhammad Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Gombak.

Di Majlis tersebut Pengerusi PDK Selayang menyampaikan sumbangan 'duit raya' kepada semua OKU, Anak Yatim dan Anak Kurang Bernasib Baik.

Sementara itu bagi pehak PDK Selayang, Puan Anizawati turut menyampaikan 'duit raya' kepada Penyelia, Petugas-Petugas PDK dan lain-lain kakitangan PDK (Pemandu) dan (Pembantu-Pembantu Am Pembantu-Pembantu Guru-bekas pelatih OKU yang dilantik).

Puan Anizawati menampaikan Duit Raya kepada salah seorang
Petugas PDK bagi pehak PDK Selayang

Petugas PDK yang gembira selepas menerima Duit Raya masing-masing

PDK Selayang juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Penderma-Penderma yang telah menyumbangkan kewangan dan lain-lain keperluan untuk majlis tersebut seperti:

1. Datin Fauziah (Alloy Consolidated) yang telah menyumbangkan nasi minyak untuk 250 orang.
2. API Sdn Bhd.
3. Sin Thye Loke Sdn Bhd.
4. Atarek Kamil Sdn Bhd.
5. Ukur Khidmat.
6. Leighton Contractors Bhd.
7. MBSB

Serta lain-lain penyumbang yang telah menyumbangkan kewangan, tenaga dan lain-lain keperluan majlis serta yang telah menjayakan majlis Iftar Ramadhan 1432H PDK Selayang.

Thursday, September 2, 2010

Cahaya (Versi September)

Lihat Cahaya ini!

Apakah Cahaya Ramadhan?

Atau.... adakah tanda cahaya yang menunjukkan Ramadhan akan berakhir?

Atau.........., adakah cahaya Syawal akan datang awal pada 9hb September? Wallahu'alam bissawab.....

Lawatan dari pelajar-pelajar Institut Pengajian Bahasa, Lembah Pantai

Seramai 7 orang pelajar Institut Pengajian Bahasa, Lembah Pantai telah melawat PDK Selayang, sambil membincangkan program/projek yang mereka akan adakan pada 4-8hb Oktober nanti.

Antara projek yang mereka akan lakukan ialah mengecat bangunan PDK, menyiapkan tapak projek pertanian dan membantu menceriakan kelas-kelas EIP.

Kesemua 7 orang pelajar lelaki tersebut kelihatan bersemangat dan tidak sabar untuk memulakan projek mereka di PDK Selayang.

Iftar Ramadhan di UIA.

1hb September 2010.

Iftar Ramadhan di UIA telah dianjurkan oleh MRA, seramai 78 anak yatim dan kanak-kanak kurang bernasib baik dari PDK Selayang telah berpeluang mengikuti program tersebut.

Sebelum berbuka puasa bermula, mereka telah dihiburkan dahulu oleh Opick, seorang penyanyi dakwah dari Indonesia.

Selepas tamat persembahan Opick pada jam 7:05 mereka bergerak ke ruang makan di tingkat satu dewan/auditorium tersebut dan diberi sebungkus nasi dan sebotol air mineral setiap seorang, sirap ada disediakan tetapi perlu guna cawan polisterin yang disediakan.

Mereka patut bersyukur, walaupun kali ini hanya disediakan nasi tomato bungkus dengan dengan gulai ayam percik, puding karamel dan buah-buahan, adalah lebih baik dari tetamu lain (lebih kurang 650 tetamu) yang membayar RM50.00 dewasa dan RM30.00 kanak-kanak yang juga dapat makanan yang sama.

Dan,.... mereka patut lebih bersyukur, jika mereka mengetahui bahawa adalah antara rakannya yang lebih miskin (yang bukan anak yatim/anak kurang bernasib baik yang lain) mungkin hanya berbuka dengan nasi kosong, gulai kosong dan air kosong.

MELIHAT APA YANG KITA TIDAK NAMPAK

MELIHAT APA YANG KITA

TIDAK NAMPAK

SAYA terserempak dengan Sabri, seorang kenalan di bengkel ketika menghantar kereta saya untuk diservis. Katanya, dia baharu sahaja ditimpa kemalangan, sambil mengunjuk ke arah keretanya yang sedang dibaiki. Keretanya dilanggar daripada belakang ketika sedang menanti lampu trafik merah bertukar hijau.

Katanya, sudah lebih sepuluh saat keretanya berhenti apabila sebuah kereta Kancil mendekat daripada arah belakang. Entah mengapa, secara tak semena-mena, si pemandu memutar sterengnya untuk menyusur ke simpang kiri. Perkiraannya silap kerana tersondol bontot Viva kepunyaan Sabri.

Kedua-duanya keluar daripada kereta. Kereta si pesalah sudah pecah lampu depannya. Bumpernya juga kemik. Kereta Sabri pula sudah senget bumpernya. Berkali-kali si pesalah mengatakan yang kereta Sabri tak apa-apa. Melihat pakaian dan wajah si pemandu, Sabri tak jadi marah. Sebaliknya dia hanya mengambil nombor telefon dan nombor plat si pemandu. Sabri percaya kata-kata si pesalah yang dia boleh dihubungi kemudian untuk menyelesaikan masalah.

Ketika Sabri menekan minyak, dia terdengar bunyi bising di bahagian belakang keretanya. Apabila dia memeriksa, dia dapati bahagian bawah bumpernya sudah bergesel dengan tayar. Setelah memarkir kereta, Sabri cuba menghubungi si pesalah. Lebih dua puluh kali mendail, Sabri hanya mendengar lagu tanpa panggilan berjawab. Tahulah dia yang si pemandu itu tidak jujur.

Saya bertanya Sabri, apakah dia membuat laporan kemalangan di balai polis, agar si pesalah dikenakan tindakan. Dan, ada banyak cara yang boleh dilakukan untuk mencari si pesalah itu dan ambil tindakan terhadapnya.

Sabri hanya menggeleng dan tersenyum. Katanya, “Tidak ada satu pun perkataan maaf yang keluar dari bibirnya setelah dia melanggar kereta aku. Dia berjanji hendak selesaikan masalah, tetapi dia tidak jawab lebih 20 kali cubaan aku hubungi dia.

Kalau pun aku buat laporan, dia yang kena denda. Kos baiki kereta aku pun dia tak bayar kerana mungkin dia tak ada duit untuk bayar kos membaiki kereta aku. Sebab itu, dia diamkan diri tak jawab panggilan telefon. Kalau aku SMS ugut dia, aku yang sakit hati kalau dia buat tak tahu. Kalau aku cari dan pukul dia, aku pula yang akan kena tangkap.”

“Engkau tak rasa apa-apa?” tanya saya.

“Rasa terkilan kerana tindakan dia tu memang ada. Tapi, perasaan ini pun sementara. Sekejap lagi, bila tengok kereta aku dah molek semula, hati aku yang susah ini akan senang kembali. Lagipun, aku nak kejar pahala percuma Ramadan,” ujarnya seraya tersenyum.

Bila saya bertanya maksud kata-katanya, Sabri menjawab, “Allah nak beri aku pahala secara mudah. Orang lain kena buat banyak ibadah untuk dapat pahala. Tapi aku yang tak bersalah langsung pun dilanggar orang. Kalau aku ambil tindakan pada orang yang langgar aku kerana marah dan dendam, pahala puasa aku boleh kurang. Tapi kalau aku releks dan maafkan orang yang langgar aku, aku dapat banyak pahala Ramadan.”

Akhirnya saya tersenyum. Inilah Sabri yang amat sabar orangnya. Dia suka menolong orang. Apabila memandu di lebuhraya dan jika dia ternampak kereta rosak yang terparkir di tepi jalan, atau apabila melihat serpihan tayar pecah yang bersepah di tengah jalan, dia akan hubungi pihak pengurusan lebuhraya agar menghantar petugas untuk membantu atau membersihkan jalan.

Apabila Ramadan, dia akan menyimpan paket-paket biskut dan beberapa botol air mineral. Jika terpandang pemandu yang di dalam kesusahan kerana kereta rosak di tepi jalan, lebih-lebih lagi menjelang waktu berbuka, Sabri akan berhenti, memberi makanan dan minuman kepada orang yang di dalam kesusahan sebelum berlalu.

Jika orang yang sebaik ini mendapat musibah kereta dilanggar, pada saya, ia bukannya kifarah sebaliknya cara Allah Yang Maha Bijaksana ingin memberinya pahala.

Sabri melihat apa yang kita tidak nampak.

Artikel ini terbit di akhbar Sinar Harian pada 1.9.2010

Posted by eyman hykal at 7:14 PM