Saturday, August 10, 2013

‘Dunia ngeri’ si pemburu emas Sudan Selatan

BEKERJA di dalam gelap dengan keada­an sempit di padang pasir yang tandus dan sering dilanda ribut pasir amat meresahkan pelombong emas Sudan.
Disokong kapi yang rapuh, pekerja menuruninya ke laluan lombong gelap seperti jurang sempit yang besar di tengah-tengah padang pasir.
Mereka juga perlu bertempur dengan ribut kejam dan suhu yang mencecah ­sehingga 44 darjah Celsius semata-mata untuk memburu emas dengan alat pengesan.

Lombong emas itu adalah tempat mencari rezeki bagi 60,000 tenaga kerja yang mengerah kudrat di Sudan Selatan dan terpaksa bekerja untuk me­ngelak keluarga mereka kelaparan.
Foto

Inilah gambaran pelombong di kawasan Al-Ibedia di Sungai Nil yang menggunakan laluan pada kapi yang rapuh.
Foto

Foto

Foto

Keadaan lubang terbabit begitu sempit hinggakan mereka hampir tidak boleh berpusing. Tanpa memakai jaket atau topi keselamatan, pelombong hanya mempunyai lampu kepala sebagai penunjuk arah.

Di bahagian bawah lombong, mereka menggunakan pelbagai peralatan asas untuk menggali logam berharga itu dalam keadaan panas.

Foto

Sewaktu pelombong me­nggali dan mencari emas dalam jangka masa yang panjang, keadaan di atas pula berlainan kerana kem sementara yang diwujudkan bersedia melakukan sebarang urusan jika terdapat penemuan dari bawah.

Pekerja menapis isi bumi sambil mencari apa-apa tanda yang menunjukkan ketulan emas. Pekerja lain ­mengendalikan mesin penghancur tanah yang besar dan menimbang penemuan mereka bagi mendapat nilai emas.

Perlombongan emas adalah perniagaan terbesar ­terutama di selatan Sudan. Tanah di sini kaya dengan ­pelbagai sumber namun ­kebanyakannya masih belum ditemui.

Sama seperti emas, mereka percaya terdapat pelbagai logam lain seperti tembaga, uranium dan marmar tetapi hala­ngan terbesar ialah penyeludupan.

Baru-baru ini, dianggarkan Selatan Sudan kehilangan RM6.4 bilion setahun melalui penyeludupan emas.

Bercakap kepada Sudan ­Tribune, Ketua Pengarah ­Pembangunan Mineral, Arka­ngelo Okwang Olerr mendedahkan, kira-kira 17 kilogram emas dibawa keluar dari sempadan negeri Equatoria Timur setiap hari.

“Jika penyeludupan dapat dielakkan, kerajaan boleh memperoleh pendapatan 
RM6.4 bilion juta daripada aktiviti lombong emas.

“Usaha dijalankan bagi membanteras aktiviti perlombongan haram yang banyak ­terdapat di negara ini,” katanya.

Kerajaan bercadang melantik pegawai pemeriksa yang bekerjasama dengan polis ke kawasan yang disyaki wujud perlombo­ngan haram.

Kerajaan memerlukan wang yang mampu menjana ekonomi negara yang juga sebagai ­alternatif kepada minyak yang pada masa kini menyediakan lebih daripada 90 peratus daripada pendapatan kerajaan.

Adalah dipercayai, kira-kira 60,000 penduduk negara itu terbabit dalam perlombongan emas di Selatan Sudan.

Kebanyakan mereka hanya menggunakan kudrat tangan mereka yang dahulunya menuai tanaman.
Foto
Buruh terbabit turut membabitkan wanita, kanak-kanak dan orang tua yang didorong untuk bekerja kerana situasi kelaparan yang meluas di sana.

No comments:

Post a Comment