Saturday, August 3, 2013

Bonus Raya : Nampaknya Petugas PDK Jugaaaaaak Kempunan Lagi........

Bila Syawal Menjelma Tiba,
Orang Gomen Ramai Yang Bergembira,
Bersenang Hati Terima Saguhati,
Aeiihh! Nampaknya Petugas PDK Jugaaaaaak Kempunan Lagi........

Kerajaan telah bersetuju untuk memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebagai persiapan hari raya sebanyak RM500 kepada penjawat awam yang berada dalam kelompok gred 1 hingga gred 54. Bayaran ini akan dibuat pada 31 Julai 2013 ini. Peruntukan kewangan adalah sebanyak RM670 juta.

Untuk 600 ribu penjawat awam yang telah bersara pula, akan menerima RM250 di mana melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM165 juta.

Warga FELDA juga turut tersenyum lebar apabila turut menerima duit raya seperti biasa. Terima kasih kepada kepimpinan yang prihatin dalam sedikit sebanyak membantu meringankan beban rakyat di musim perayaan ini.

Harap-harap Datuk Noorul Ainur juga boleh memikirkan sesuatu untuk memberi kegembiraan kepada seramai 2400 Petugas PDK di seluruh negara..................

No comments:

Post a Comment