Sunday, June 2, 2013

Oklahoma jadi sasaran puting beliung sekali lagi

Okhlahoma State (red)


Oklahoma City: Bandar raya Amerika Syarikat ini dibadai puting beliung sekali lagi, kurang daripada dua minggu selepas dilanda bencana itu.
Lima dilapor terbunuh dalam kejadian terbaru itu, semalam. 
Foto puting beling sebelum ini
Polis peronda lebuh raya Oklahoma berkata, seorang ibu dan bayinya antara yang terkorban dan pihak berkuasa kecemasan melaporkan kecederaan begitu meluas. 

Puting beliung itu membadai bandar raya Oklahoma petang kelmarin, meranapkan kenderaan di sepanjang lebuh raya utama ketika waktu puncak.

Anggota polis, Betsy Randolph berkata, pihaknya menemui seorang wanita dan bayinya dalam sebuah kenderaan di lebuh raya.

Kira-kira 50 orang cedera, lima parah. 

Tetapi ahli meteorologi berkata, keganasan ribut semalam tidak setanding dengan yang membadai Moore, pinggir bandar apabila puting beliung berskala tinggi meragut 24 nyawa pada 20 Mei lalu. 

“Tidak hampir pun,” kata ahli meterologi Rick Smith untuk Khidmat Cuaca Kebangsaan dalam mesej pesanan ringkas disampaikan Pusat Ramalan Ribut. 

Angin kencang turut bergerak melalui kawasan St Louis, menerbangkan bumbung sebuah kasino di pinggir bandar. 

Penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Will Rogers di bandar raya Oklahoma diarah memasuki terowong bawah tanah dan penerbangan masuk dan keluar dibatalkan. 

Kamera televisyen menunjukkan serpihan jatuh dari langit. 

Oklahoma terletak di bahagian Midwest Amerika Syarikat terkenal sebagai Lorong Tornado. 

AS secara purata mencatat 1,200 puting beliung setahun dan kebanyakannya kecil. 

Dalam pada itu, banjir sedalam 1.2 meter menghalang usaha menyelamat. 

“Kami terpaksa berhempas-pulas,” kata Lara O’Leary, jurucakap untuk agensi ambulans tempatan. 

“Tahap penglihatan amat rendah dengan hujan lebat. Kerosakan yang berlaku amat serius,” katanya. - AP

No comments:

Post a Comment