Sunday, June 2, 2013

Kelantan VS Johor Darul Takzim (JDT) di Akhir Piala FA 2013



Johor Darul Takzim (JDT) layak ke perlawanan akhir Piala FA 2013 walaupun kalah 1-2 kepada Pahang pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
JDT menang 1-0 pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, pada 25 Mei lepas untuk menjadikan keputusan agregat 2-2.
Mereka layak ke perlawanan akhir berdasarkan kelebihan gol di tempat lawan.
Foto

Foto
Penjaring:
Pahang: Matias Ruben Conti (minit ke-7 dan 40)
Johor Darul Takzim: Andrezinho (minit ke-48)


Barisan Pemain:

Pahang: Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid, Jalaluddin Jaafar (Mohd Saiful Nizam Miswan), Damian Delano Stewart, Amirul Hadi Zainal (Azidan Sarudin), R. Surendren, Matias Ruben Conti, Azamudin Mohd Akil, Mohd Razman Roslan, Mohd Shahrizan Ismail, Mohd Hafiz Kamal, R. Gopinathan (Mohd Fauzi Rozlan).

Johor DT: Muhd Al-Hafiz Hamzah, Irfan Abdul Ghani (K. Thanaraj), Kamarul Afiq Kamarudin, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak, Andrezinho, Mohd Nurul Azwan Roya, Ahmad Ezrie Shafizie, Mohd Nazri Ahmad (Safiq Rahim), Jasazrin Jamaluddin, Norshahrul Idlan Talaha, Leonel Nunez (Mohd Safee Sali).

Pengadil: Syed Azhar Syed Kamar - Bernama

No comments:

Post a Comment