Tuesday, August 21, 2012

Sejarah : Lembah Harapan : Mata wang khas komuniti kusta (PKKN)


SUNGAI BULOH: Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) di sini yang mula beroperasi sejak 1926 pernah mempunyai mata wang sendiri untuk digunakan pesakit dalam kawasan berkenaan kerana wujud kebimbangan kusta boleh berjangkit dengan sentuhan ketika itu.

Wang Khas yang digunakan oleh PKKN


Ketua Penolong Pengarah Kanannya, Dr Sa’iah Abdullah berkata, mata wang itu adalah satu kemudahan yang disediakan kerajaan bagi pesakit kusta.

Hari ini

Katanya, keadaan itu tidak mengejutkan kerana PKKN yang lebih dikenali Lembah Harapan pada masa dulu bukan hanya pusat pengasingan, malah sebuah perkampungan dengan pelbagai kemudahan.
“Sejak tempat ini dibuka pada 1926, pelbagai usaha dilakukan kerajaan pada waktu itu. Selain bertindak sebagai sebuah pusat rawatan kusta, Lembah Harapan turut mempunyai masjid, gereja, kuil dan sekolah hingga digelar Perkampungan Kusta. Setidak-tidaknya, ia menjadi usaha bagi membangunkan masyarakat yang nyata terasing dari dunia luar,” katanya.

Di bawah Enakmen Kusta 1926 ketika itu, sesiapa yang dijangkiti kusta dikehendaki diasingkan. Berikutan itu, Lembah Harapan dibuka penjajah Inggeris di sebuah lembah yang terasing iaitu di Bukit Lagong, di sini. Sebelum Lembah Harapan dibuka sepenuhnya, pesakit kusta ditempatkan di kem penempatan kusta di Pulau Jerejak, Pulau Pinang; Setapak, Kuala Lumpur; Pulau Pangkor, Perak; Pulau Ketam, Klang; Kota Bharu, Kelantan dan Tampoi, Johor Bharu.

Sejarah

Sebaik ia dirasmikan Dr Gordon Alexander Ryrie, Penguasa Perubatan pertama pada 16 Ogos 1930, semua kem terbabit ditutup dan pesakit kusta dipindahkan ke Lembah Harapan, sekali gus menjadikannya sebagai satu pusat penempatan pesakit kusta atau pusat kawalan kusta terbesar di tanah jajahan British.
Penghuni di Lembah Harapan pada awal penubuhannya mencecah sehingga 2,000 orang. Mengikut statistik PKKN, pada 2002 terdapat 398 pesakit dan angka itu menurun kepada 268 pada 2009. Kini ia hanya dihuni 204 bekas pesakit kusta.

Pada awal penubuhan Lembah Harapan, pusat kawalan kusta yang dibuka di atas tanah seluas 200 hektar itu berkembang dengan sendirinya. Usaha demi usaha dijalankan bagi mencari penawar penyakit itu. Akhirnya, makmal yang dibangunkan di Lembah Harapan bagi mencari dan mencipta antibiotik menunjukkan perkembangan positif apabila mereka menemui penawar terhadap kusta.
“Ubat pertama yang dijumpai digelar Dapsone. Ia dapat mengawal dan melawan kuman Mycobacterium leprae di dalam badan kita dan mengelakkan kusta berjangkit.

PKKN Sungai Buloh menjadi sangat penting kerana ia adalah yang pertama
seumpamanya dan paling lengkap di dunia sehingga perancangannya menjadi
 model kepada lain-lain pusat kusta di serata pelusuk dunia.

“Sejak itu, ia menjadi pemangkin terhadap penemuan pelbagai ubat-ubatan baru untuk tujuan sama dan turut menaik taraf perawatan terhadap pesakit ini,” kata Dr Sa’iah.

Pada 1971, pusat ini dinaik taraf dengan panggilan Hospital Daerah Sungai Buloh kerana pesakit kusta tidak lagi perlu diasingkan dengan masyarakat luar.

Sehingga awal 2000, kerja naik taraf dan pelbagai bangunan baru diwujudkan terutama di bahagian barat PKKN ini. Begitupun, wad di bahagian timur masih kekal wujud sebagaimana awal penubuhannya. Menjelang September 2006, ia sekali lagi dinaik taraf kepada Hospital Sungai Buloh.

Hari ini, kerajaan berusaha untuk mengekalkan keunikan PKKN sebagai warisan sejarah negara.

Antara kemudahan yang terdapat di PKKN yang kini menjadi warisan negara dan UNESCO.

Kediaman kelamin beserta rumah dapur
Hadapan
Sisi KananSisi Kiri

Kediaman Bujang
HadapanPandangan Sisi

Kediaman Kelamin Tanpa Dapur
HadapanPandangan belakang

Kediaman Kelamin Beserta Rumah Dapur
Deretan Chalet Kediaman
HadapanSisi Kiri

Tandas Berpusat
Tandas baru yang dibina di kawasan Central Zone.
Tandas lama (asal) di kawasan Central Zone.Tandas lama (asal) di kawasan East Zone.

Antara bangunan yang masih kekal sehingga kini
Wad-wad pesakit yang masih digunakan.
Kuil Hindu.Chinese Associate Club
Kuil BudhaMasjid
PasarKlinik Central PKKN



No comments:

Post a Comment