Saturday, August 18, 2012

Kongsi rezeki sumbangan


Alangkah eloknya semua penerima sumbangan bersikap begini

“Bantuan yang datang bertalu-talu ini mungkin bukan untuk keluarga kami saja, tetapi perlu dikongsi dengan orang lain yang juga daif di sekitar sini,” kata Junatal Asah, 45, ketika dihubungi, semalam.

Dia dan isteri, Siti Nur Faizah Abdullah, 43, mengakui berasa begitu terharu serta bersyukur kerana buat pertama kalinya mereka 18 beranak dapat beraya serba lengkap berikutan bantuan yang datang ibarat mencakupi semua jenis keperluan.

Namun, kata Junatal, dia tetap menganggap rezeki itu bukan untuk mereka saja sebaliknya terdapat beberapa keluarga yang dikenalinya di sekitar kawasan didiami mengalami masalah serupa apabila tidak pun menyambut Aidilfitri seperti orang lain disebabkan kedaifan hidup.
“Setakat ini, bantuan yang diterima memang melebihi keperluan. Untuk beras saja, saya terima kira-kira 20 kampit manakala minyak masak pula lebih 10 kilogram.

“Kebanyakan barangan makanan akan rosak. Disebabkan itu, sebahagiannya saya berikan kepada keluarga lain di sini yang juga memerlukan barangan ini bagi mengelakkan pembaziran sekali gus mengurangkan bebanan mereka menjelang hari raya.

“Manakala bagi barangan asas yang boleh tahan lama seperti gula dan garam akan saya gunakan sebaiknya untuk keperluan nanti. Sudah sekian lama dapur kami tidak berisi,” katanya.

Menurutnya, sumbangan baju raya yang belum habis dipilih bagaimanapun akan digunakan sebagai pakaian harian bagi menggantikan pakaian yang sudah lusuh dan tidak berganti sejak bertahun-tahun.

Katanya, dia akan cuba sedaya upaya memanfaatkan pemberian rakyat Malaysia yang tidak putus-putus menghulurkan bantuan dan tetap juga berjimat selagi boleh bagi mengelakkan masalah sama berulang di kemudian hari.

No comments:

Post a Comment