Thursday, October 13, 2011

PDK Selayang : Lawatan oleh Pegawai Penyelaras PDK Negeri Selangor.

Puan Adila, Cik Kasturi dan Puan Noraini bergambar di
hadapan pejabat PDK.

Puan Nor Adila Fakhrudin, Pegawai Penyelaras PDK Negeri Selangor telah melawat PDK Selayang pada 12hb Oktober 2011 (Rabu). Beliau tiba di PDK pada jam 9:50 pagi dan berada selama lebih dari 1 jam setengah.

Tujuan lawatan beliau, selain dari meninjau program dan aktiviti PDK, beliau turut membawa seorang pelajar praktikal dari University Malaya, untuk menjalankan kerja-kerja praktikal bagi kursus yang diambilnya.

Cik Kasturi a/p Madialagan mengambil kursus Pentadbiran dan Keadilan Sosial dari Fakulti Sains Sosial Universiti Malaya dan akan ada selama 4 bulan di Bahagian Pembangunan OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor.

No comments:

Post a Comment