Thursday, October 13, 2011

Kesihatan : Terapi muzik bantu pemulihan pesakit

MANAMA (BAHRAIN) : Perbadanan Perubatan Hamad (HMC) di Qatar akan menggunakan kuasa muzik ke dalam perkhidmatan penjagaan kesihatannya.

Media tempatan melaporkan, Jabatan Pemulihan HMC akan memperkenalkan program terapi muzik khas untuk pesakitnya.

“Kami mengkaji untuk menyediakan terapi muzik profesional pada masa depan sebagai sebahagian daripada set komprehensif perkhidmatan kesihatan untuk faedah pesakit kami,” kata Pemangku Pengerusi Jabatan Perubatan Fizikal dan Pemulihan HMC, Dr Wafa Al Yazeedi.

“Ia akan memberi faedah kepada tiga perempat pesakit yang menjalani pemulihan dan juga boleh disediakan untuk program pesakit luar,” katanya. - AN

No comments:

Post a Comment