Seperti tahun-tahun sebelumnya, tahun ini merupakan kali ke: 11, Y. Bhg. Datuk Suhaimi Shahadan menjemput kanak-kanak dari PDK Selayang ke Rumah Terbuka Eidul-Fitri 1432H, yang bertempat di kediaman beliau di Desa Moccis, Sungai Buloh.
Rumah Terbuka tersebut diadakan pada Rabu, 26 Syawal 1432H(24hb September 2011), iaitu hari yang sama PDK Selayang mengadakan Rumah Terbuka Eidul-Fitri 1432H. Cuma bezanya Datuk Suhaimi mengadakan majlisnya pada sebelah petang mulai jam 2:00 petang, manakala PDK Selayang mengadakan pada jam 9:30 pagi hingga jam 2:00 petang.
Seramai 40 orang kanak-kanak yang terdiri dari 18 pelatih OKU PDK, 14 anak yatim dan 6 kanak-kanak kurang bernasib baik dari PDK Selayang bersama 5 pengiring telah menghadiri rumah terbuka beliau.
Datuk tidak lupa untuk menyumbangkan duit raya kepada mereka dan juga membantu sebahagian dari kos pengangkutan ke majlis tersebut.
No comments:
Post a Comment